NEXT LEVEL...DEGREE IN SYARIAH
Friday, May 22, 2009 | @mirfathirah
Alhamdulillah...Kelmarin, 23 Mei 2009 hari jumaat, last paper for subjek paling berat dalam DIPLOMA. Al-Quran 30 juz la... Mengulang nyer sehari so banyak2 bertawakkal la coz tk sempat nak ngulang semua..
Alhamdulillah berjaya juga menempuh peksa tahriri yang menyedihkan....
Sedikit je yang boleh jawab....
Tpi time AlQuran syafawi... Insyallah 40 markah ke atas dah bule dpt daripd 50 mrkh..
Gembira tanda syukur yang tak terhingga sampai nak terlompat... tpi dah xam sorang2 mane nak lompat...segan la...huhu
Blik jer asrama ustzah Rasyidah n teacher tgah duk kemas blik study
Maklumla ari ni bdk baru nak masuk asrama...
Malam tadi plak ada taklimat tuk sume pelajar lama diploma... ana g sekejap jeeeerrr...
Pengarah bg tklimat bertukar jadi ceramah...waktu tu ada part yang menggembirakan ana....
Pengarah buat announcement "3 orang nama pelajar hafiz dah ada dalam sesi pengambilan pelajar baru Universiti Islam Madinah"
Alhamdulillah.....ana bersyukur sangat3 Allah memilih ana untuk pergi menadah ilmu di bumi barakah....
Mudah2an Alaah membalas jasa kepada semua yang telah berdoa dan berusaha untuk memasukkkan ana ke UIM walaupun itu bukan pilihan utama coz ana mane layak ke sana...
Betul cakap warden ana Ust DD. Kadang2 apa yang kita inginkan dan hajat sangat Allah bukakan pintu peluang kepada kita supaya kita bule memilih yang terbaik...
Maha suci Allah yang memberi peluang yang terbaik untuk kita lebih jauh dari pemikiran akal fikiran kita....
Begitulah...Skang ni duk kat umah bujang s.4 shah alam dengan kire...
tunggu nak masuk keje bulan 6 ni...
Isnin ni plak pergi kem dengan bdk2 baru kat Hulu Langat....sampai hari rabu.. khamis rhat jap....jumaat tgok dlu nak masuk keje ke tk..Mudah2an Allah memberi petunjuk yang terbaik untuk ana....
OK thats all for today!!!
wASSALAM
Tags: | 0 Komens
KISAH REALITI
| @mirfathirah
Saya ingin berkongsi cerita ini dengan anda semua
mengenai sikap segelintir orang Melayu kita atau
lebih tepat lagi orang Islam di Malaysia ....
Kejadian benar ini berlaku di Carrefour Wangsa Maju
beberapa hari lepas. Seorang pemuda Islam yang
berkerja sebagai 'cashier' di pasaraya tersebut telah
menumbuk seorang lelaki cina.
Ini berlaku kerana ketika pemuda cina tersebut sedang
membayar harga barangan, pemuda Melayu ini telah
menegur pemuda Cina ini mengenai gambar baju yang
sedang di pakai oleh pemuda cina tersebut. Gambar itu
ialah seekor babi yang sedang memakai
serban di samping seekor anjing yang memakai tudung
lambang agama Islam. pemuda Melayu itu bertanya gambar
apakah yang sedang di pakai
oleh pemuda cina tersebut.
Dengan rasa bangga dan tidak bersalah, pemuda Cina itu
terus menjawab sambil menunjuk ke arah gambar bajunya
dengan mengatakan babi yang memakai serban itu ialah
Muhammad dan anjing yang memakai tudung itu ialah
Khadijah.
Mendengar jawapan lelaki tersebut, pemuda Melayu ini
dengan tidak disangka2, menumbuk muka si Cina
tersebut.
Huru hara lah suasana di carrefour itu. Kemudian
pemuda Cina itu memaki hamun lalu datanglah Manager
Carrefour yang juga beragama Islam lalu memecat lelaki
Melayu tadi. Apa yang di lakukan oleh Manager
Carrefour tadi adalah sa tu etika yang patut di
contohi kerana, menumbuk org sesuka hati memanglah
salah...
Tapi malangnya, Manager tersebut bukan hanya memecat
pemuda Melayu tadi yang sedang mempertahankan akidah
agama Islam, tetapi turut memaki hamun pemuda
Melayu itu dengan kata2 kesat. Pemuda Melayu ini
pulang dengan keadaan hampa. Bukan kerana di pecat,
tetapi turut di maki hamun oleh saudara seislam yang
di sangkanya akan turut manjaga maruah orang Islam
selepas dihina oleh laki Cina tadi.
Sekarang ni pemuda Melayu ni sedang menunggu untuk di
saman oleh Cina tersebut. Beliau bukan takut malah
tidak sabar2 untuk menunggu disaman oleh Cina tersebut
kerana beliau ada alasan yang kukuh kerana bertindak
demikian.
Pengajarannya, sikap pemuda Melayu tadi memang patut
di contohi kerana ingin menegakkan agama Islam. Pada
anda, berhati2 la..kerana saya percaya, tshirt yang di
pakai oleh Cina tadi adalah salah satu strategi orang2
kafir untuk menjatuhkan maruah Islam.
pOST BY: Laman Islami
Tags: | 0 Komens
Kembali Pada-Nya
Thursday, May 14, 2009 | @mirfathirah
Pendidik, Mendidik dan dididik bukan mudah untuk dikecapi oleh semua orang .Hanya yang menyedari akan kehidupan sebenar yang sanggup berada dalam realiti ini.
Penulis berdoa kepada Rabbul Jalil agar al-Marhumah di tempatkan dikalangan orang-orang yang berjiwa mukmin DAN SOLEH iNSYALLAH.
Semoga kembalinya al-Marhumah akan melahirkan lebih 10 orang yang berjiwa Ummi dalam dunia ini untuk meneruskan didikan Islam.
Untuk itu penulis akan publishkan seberapa banyak coretan kenangan oleh setiap anak didiknya yang penulis ketemu.
semoga rohnya dicucuri...al- Fatihah..
Ditulis oleh: qatrun nada
Dia hanya pergi lebih awal dari kita.
Kita akan menyusulnya.
Maka hargailah umur yang ada.
Jangan rasa kita ini jauh untuk menyusulnya.
Dan redhailah pemergian Ummi..
Dia hanya HAMBA, yang terikat dengan kekerdilan sebagai ciptaanNya..
Kita hanya HAMBA, yang perlu meneruskan kehidupan sebagai ciptaanNya.
Tiadalah kasih sayang ALLAH itu, sama atau kurang sedikit pun dari kasih sayang kita. Kasih sayang ALLAH kepada hamba-hambaNya lebih besar, luas dari kasih sayang kita kepada hamba-hambaNya.
Maka, bersedihlah. Kerna itu fitrah manusia. Tetapi bersedihlah seadanya, dalam keadaan redha kepadaNya.
Sekadar selitan peringatan untuk diri.
Agar tidak tenggelam dalam fantasi rintihan hati.
Jauh, memang mendera kalbu ini.
Tapi dekat, pun tidak akan mampu mengubah takdir ILAHI.
Di sisiNya segala ilmuNya. PadaNya tersembunyi segala hikmahNya.
Kita hanya HAMBA.
maka hiduplah seadanya sebagai ciptaanNya.
Jangan lupa, bahawa kita akan menyusul Ummi juga.
semoga ALLAH rahmati Ummi.
" Bila waktu memanggil, teman sejati hanyalah amal, bila waktu terhenti, teman sejati tinggallah sepi"
~seorang anaknya...
From: Hilal Asyraf