Quick Notice

Hak cipta tidak terpelihara. Anda layak untuk meng'copy' dan meng'comment' sebarang 'post' kami. Powered by Blogger.

Bersyukur satu nikmat..Alhamdulillah

Friday, April 1, 2011 | @mirfathirah



Alhamdulillah....Bersyukur kepada Rabb sekalian alam yang masih lagi mengizinkan saya untuk menulis nukilan maya ini setelah lebih 10 hari berada dalam dunia realiti...

Sesungguhnya kerja kita tidak pernah berakhir sehingga datangnya malaikat maut dengan izinNya untuk membawa kita kembali menghadapnya. Cuma kita kena pastikan persiapan dan persediaan kita tidak mengenal erti masa itu kehidupan menantikan ajla dan maut tidak mengerti masa melainkan hanya Allah sahaja yang mengetahuiNya.

Itulah sifat syukur yang perlu ada pada setiap muslim mukmin selagi mana jasad dikandung badan.Bersyukur dengan semaksimum yang mungkin atas kurniaan nikmat yang diberikan oleh Allah rabbul jalil.

Satu pilihan daripada Allah untuk hambanya yang beragama Islam adalah satu lagi kelebihan yang tidak terdapat dalam agama samawi yang lain. Bila kita bersyukur nescaya Allah akan akan menambahkan lagi kurniaan kepada hambaNya, tetapi ingatlah ketika mana kita kufur kepada NYa sesungguhnya azab nya amatlah dahsyat...na'uzubillah min dzalik...

Maka aku berpesan pada diriku yang hina dan lemah ini kepada keluargaku, sahabat2 yang aku kasihi sentiasalah memperbaiki niat ikhlas kita dalam melakukan sama perkara2 ibadah dan juga perkara2 lain. Niat kita adalah penghubung kepada Allah atas apa yang kita niatkan. Dan kesannya Allah akan memberikan jalan @ rezeki tanpa kita sedari apabila kita menadah hati kita semata-mata memperhambakan diri kepadaNya.

Semoga Allah menetapkan hati kita dalam golongan orang yang berada di jalan D n T. amin...
Jumaat: Madinah al-Munawwarah:1025 am
Wehdah9 Dur2 Ghurfah232

Tags: | 0 Komens

0 Komens:

Try us on Wibiya!