Quick Notice

Hak cipta tidak terpelihara. Anda layak untuk meng'copy' dan meng'comment' sebarang 'post' kami. Powered by Blogger.

Dasar KEterbukaan Medan DAKWAH wajar dicontohi

Monday, April 4, 2011 | @mirfathirah



بسم الله ...والصلاة والسلام على خير الأمين، سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين
Bersyukur buat pertama dan selamanya kepada Allah S.W.T di atas keizinan untuk kita meneruskan kehidupan sehingga ke hari yang telah sampai kepada peringkat "Islam kembali Dagang"...

Bertapa sesungguhnya aku berasa bertambah kejahilan aku mengenai ISlam pabila menyelongkari kitab-kitab pengajian Islam...berusia 23 tahun baru sahaja hendak membuka kitab Bidayah al-Mujtahid, Kitab Tauhid dan banyak lagi...Semoga Allah sentiasa memimpinku ke jalan yang ENGKAU redhai sehingga akhir hayatku.

Biar kita diuji dengan pelbagai musibah sebagai satu kaffarah az-zunub @ satu ujian yang pastinya kita yang menghadapinya dengan hati yang ikhlas kepadaNya sebagai tanda kita bersedia untuk berdepan dengan kehidupan yang sementara ini. Teruskanlah kehidupan yang berbaki ini dengan Dakwah mu wahai insan yang telah memahami ISlam walaupun hanya secebis kain, biar natijahnya kita tidak mengharap.

Just nak berkongsi dengan pembaca (dikalangan sahabt2 ana @ yang tidak mengenaliku) berkenaan dengan video yang saya lampirkan dalam post ini..

Aku berasa bersyukur kepadaNya yang telah mengembangkan Universiti Islam MAdinah al-Munawwarah sebagai sebuah gedung @ kilang utama yang mencetak @telah mencetak @ akan mencetak duta-duta Islam keseluruh dunia setelah sekian lama berdiri gah di Saudi Arabia dengan izin Allah S.W.T.

Lewat ini bukan sekadar mengambil duta2 ISlam seluruh pelosok negara sahaja, pihak Universiti telah meluaskan Dakwah ISlam melalui alam maya yang sebelum ini sunyi sahaja. Sikap yang telah diambil oleh pihak Universiti adalah satu perkembangan jajahan Islam di dalam dunia maya. Semoga dengan menyebarkan aktiviti -aktiviti, seminar-seminar @ halaqah-halaqah ilmiah ini dapat membuka mata masyarakat keseluruhan tentang dakwah yang telah dilakukan oleh pihak Universiti Islam Madinah untuk membuka pandangan dunia untuk menerima Islam sebagai ad-Deen. Syabas Pihak Uni Islam MAdinah!!!

Tags: | 0 Komens

0 Komens:

Try us on Wibiya!