Quick Notice

Hak cipta tidak terpelihara. Anda layak untuk meng'copy' dan meng'comment' sebarang 'post' kami. Powered by Blogger.

مظاهرات (DEMONSTRASI)

Monday, February 21, 2011 | @mirfathirah


Akhir-akhir ini berlakunya demonstrasi di bahagian JAzirah Arab dimana kesemuanya majoriti adalah terdiri daripada Muslim...Bermulanya di Tunisia seterusnya merebak ke Mesir dan sekarang telah terjadi ke beberapa buah lagi negara-negara yang berhampiran.

Sepanjang pemerhatian saya sebagai seorang muslim di Negara yang setakat ini setengah aman bersyukur kepadaNya dan mudah-mudahan Allah melindungi Negara saya dengan sentiasa tidak putus untuk memberikan masyarakat MAlaysia samada Islam ataupun bukan Islam serta Pemerintahan Negara Hidayah untuk mendidik kami menjadi Hamba-MU yang taat dan SETIA hanya pada MU.

Untuk 'post' kali ini saya akan bawakan beberapa pandangan Ulama'-ulama' semasa Saudi Arabia dan NEgara lain supaya kita dapat menilai dan memahami pandangan mereka.

PAndangan pertama:

Assalamualaikum

Berkata Abu Ismaaeel Muhammad Fathi: sebentar tadi saya telah berhubung dengan Al-Syaikh Dr. 'Abdul 'Aziz Al-Muthiri,seorang pensyarah di Universiti Al-Malik Sa'ud, Kuliyyah Al-Tarbiyyah, Qism Al-Thaqafah Al-Islamiah, Arab Saudi. Juga beliau adalah graduan B.A Kuliyyah Al-Aqidah wa Mazahib wal-Mu'asarah, Universiti Muhammad Sa'ud ,

Thesis M.A beliau di Universiti Muhammad Sa'ud pula bertajuk المصطلحات السياسية ذات الأصول الفكرية الأجنبية دراسة عقدية (Istilah-istilah Politik yang padanya terdapat Asas-asas Pemikiran Asing, kajian secara teras/konklusif/komprehensif).
saya telah bertanya beliau akan pandangan beliau berkenaan muzaharat yang berlaku di Mesir.

Soalan saya kepada Al-Syaikh:

الحمد لله والصلاة والسلام على سيدنا رسول الله صلى الله عليه وسلم
وبعد

السلام عليكم‏

شيخنا الكريم / حفظك الله

ما رأيكم في الاحتجاج و المظاهرات في مصر؟ هل يجوز؟‏

أرجو المساعده

بارك الله فيكم

"Alhamdulillah wassola tuwassalam 'ala Saidina Rasulillah SAW, wa ba'd

Assalamu'alaikum,

kepada syaikhana al-karim (guru kami yang mulia) - moga Allah memelihara kamu-

Apakah pandangan kamu semua berkenaan demonstrasi dan tunjuk perasaan (Al-Ihtijaj wal Muzaaharaat) di Mesir? adakah ia di bolehkan dan dibenarkan?

pohon bantuan (iaitu penjelasan)

Moga Allah memberkati anda semua"

----------------

Maka jawab Dr. 'Abdul 'Aziz Al-Muthiri kepada saya:

aalmutiri2 @ ksu.edu.sa
February 19
at 8:37pm

نعم تجوز لأن مصلحة القيام بها ظاهرة وهي م(ن) الوسائل التي لها أحكام الغايات

Benar, ia dibenarkan kerana maslahah untuk ia ditegakkan adalah jelas, dan ia adalah sebahagian/termasuk dari cara-cara yang mempunyai hukum-hukum bagi tujuan-tujuan sebegitu.

Rujukan: al-fikrah.net

Pandangan kedua:

Ahli Hadith Madinah As-Syaikh Abdul Muhsin Al-`Abbad Hafizahullah Tentang Hukum Demonstrasi


وسئل شيخنا عبد المحسن العباد البدر – حفظه الله – أيضاً يوم الثلاثاء 12 ربيع الاول 1432هـ

الموافق 15- 2- 2011 من تاريخ النصارى

سؤال : هذا له سؤال يتعلق عن ما ذكرتموه بالأمس ؛ مسألة المظاهرات ، يقول : هل هذه الفتوى التي ذكرتموها خاصة بالبلاد التي تُحكم بالشريعة الإسلامية كالمملكة العربية السعودية ؛ فإن في بلادنا لا يحكم بالشريعة ولذلك لا نجد طريقاً لأخذ حقوقنا إلا بهذه المظاهرات ؟

جواب الشيخ : لا ، المظاهرات تأتي بالضرر للبلاد التي تحصل فيها المظاهرات . لإن المظاهرات ، قلت إن أقل شيء فيها تضييق الطرق ، وإلحاق الضرر بالناس ، وقد يكون هذه المظاهرات يقابلها مظاهرات أخرى تقابلها ضدها فيحصل الإقتتال ويحصل الفساد وإنما مثل هذه الأمور ، الواجب هو الإبتعاد عنها مطلقا .

وقد كان سُئل شيخنا العلاَّمة عبد المحسن العباد – حفظه الله –

اليوم الاثنين 11 ربيع الاول 1432هـ الموافق 14- 2- 2011

وهذا هو نص السؤال السابق:شيخنا جزاك الله خيراً

أنا من ليبيا وقد حدد الناس يوم الأربعاء أو الخميس للخروج للمظاهرات في الشوارع ؟

فنريد منكم نصيحة وبياناً عن حكم المظاهرات والمسيرات التي يقال عنها سلمية

لعل الله عز وجل أن ينفع بهذه النصيحة وجزاك الله عنا خيراً .

جواب الشيخ : لا أعلم شيئا يدل على مشروعية هذه المظاهرات ، لا نعلم أساساً في الدين يدل على هذه الأشياء،

وإن هذه من الأمور المحدثة ، التي أحدثها الناس والتي استوردوها من أعدائهم من البلاد الغربية والشرقية ، يعني ليس لها أساس في الدين ، ولا نعلم شيئاً يدل على جوازها وعلى مشروعيتها ، لهذا الناس يسلكون المسالك الشرعية التي شرعت لهم ويتركون الأشياء التي ليس لها أساس ويترتب عليها أضرار ، ويترتب عليها مفاسد ويترتب عليها قتل ويترتب عليها تضييق ، لو لم يكن من أضرارها إلا التضييق على الناس في طرقاتهم وفي مسيراتهم لأن ذلك يكون كافياً في بيان سوءها وأنه ليس لأحد أن يقدم على مثل هذه الأشياء .

سؤال : أحسن الله إليكم داعية يقول ويحث الشباب ويقول الخروج على ولاة الامر كان مذهباً للسلف كابن الاشعث والحسين وابن الزبير ومن جاء النهي عنه كالإمام أحمد مثلاً ، إنما رأى المصلحة والمفسدة فقط ؟

جواب الشيخ : والناس يبحثون عن المصالح ويتركون المفاسد ، الناس يُعنون بتحصيل المصالح وترك المفاسد .

سؤال : هل يمكن القول بان المظاهرات والمسيرات تعتبر من الخروج على ولي الأمر ؟

جواب الشيخ : لا شك إنها من وسائل الخروج ، بل هي من الخروج لا شك!!.

Terjemahan:

Ditanya kepada Syaikh kami `Abdul Muhsin Al-`Abbad Al-Badr -Hafizahullah- juga pada hari selasa 12 Rabi`ul Awwal 1432 Hijriyyah bersamaan 15 Februari 2011 Masihi.

SOALAN :

Soalan ini padanya ada kaitan dengan apa yang engkau sebutkannya semalam, iaitulah masalah Demonstrasi, adakah fatwa ini yang telah engkau sebutkan hanya khusus untuk negara yang berhukum dengan Syari`ah Islamiyyah seperti Arab Saudi, kerana di negara kami tidak berhukum dengan Syari`ah oleh sebab itu kami tidak mendapati jalan untuk menuntut hak-hak kami melainkan dengan cara demonstrasi ini?

JAWAPAN:

Tidak, Demonstrasi akan membawa kemudaratan kepada negara yang berlaku padanya demonstrasi tersebut, kerana demonstrasi, aku katakan paling kurang( mudaratnya) ia akan menyempitkan jalan-jalan, dan memberikan mudarat kepada manusia, bahkan demonstrasi ianya berpotensi membawa kepada demostrasi yang lain yang melawan pula demonstrasi tersebut maka akan berlakulah pertempuran, dan berlakulah kerosakan, dan sesungguhnya perkara seumpama ini maka YANG WAJIB (DILAKUKAN) ADALAH MENJAUHINYA SAMA SEKALI.

Sebelum itu telah Ditanya kepada Syaikh kami `Abdul Muhsin Al-`Abbad Al-Badr -Hafizahullah- juga pada hari Isnin 11 Rabi`ul Awwal 1432 Hijriyyah bersamaan 14 Februari 2011 Masihi.

SOALAN:

Syaikh kami Moga -Allah membalasmu dengan kebaikan- Aku dari Libya, dan sesungguhnya orang ramai telah menetapkan pada hari rabu dan khamis untuk keluar berdemonstrasi di jalan-jalan, maka kami memohon daripada engkau nasihat dan penjelasan tentang hukum DEMONSTRASI dan tunjuk perasaan yang dikatakan ianya AMAN. Moga Allah memberi manfaat dengan Nasihat ini, Moga Allah membalas kebaikanmu terhadap kami.

JAWAPAN

Aku tidak mengetahui sesuatu pun yang menjadi dalil atas pensyari`atan Demonstrasi ini, kami tidak mengetahui asas dalam agama yang menunjukkan kepada perkara ini, dan sesungguhnya perkara ini adalah daripada perkara-perkara Muhdatsah( bid`ah), yang dilakukan oleh manusia dan juga yang diimport daripada musuh-musuh mereka daripada Negara Barat dan Timur, maksudnya tiada padanya asas dalam agama, dan kami tidak mengetahui sesuatu pun yang menunjukkan atas bolehnya demonstrasi dan pensyari`atannya, oleh sebab ini manusia wajib mengikuti jalan yang disyari`atkan yang telah disyari`atkan kepada mereka, dan wajib mereka meninggalkan perkara-perkara yang tidak ada padanya asas dan membawa kepada kemudaratan, membawa kerosakan, pembunuhan, kesempitan, Kalaulah kemudaratannya(demostrasi) ini terhad kepada menyempitkan orang ramai di jalan-jalan dan perjalanan mereka sahaja pun sudah cukup menjelaskan keburukannya dan sesungguhnya tidak boleh bagi seseorang melakukan seperti perkara ini.

SOALAN

Moga Allah memberi kebaikan kepadamu, ada seorang pendakwah berkata dan MENGGALAKKAN para pemuda dan berkata keluar( memberontak) kepada pemerintah adalah merupakan salah satu Mazhab Salaf seperti Ibn Al-`Asy`aath*, dan Al-Hussain, dan Ibn Zubair dan apa yang datang berupa larangan dari Imam Ahmad hanya berdasarkan Maslahah(kebaikan) dan Mafasid(kerosakan)?

JAWAPAN :

Dan sememangnya manusia mencari Maslahah(kebaikan) dan meninggalkan Mafasid(keburukan dan kerosakan), dan manusia sangat-sangat menitik beratkan untuk mendapat kebaikan dan meninggalkan kerosakan.

SOALAN:

Adakah boleh dikatakan bahawasanya DEMONSTRASI dan Tunjuk perasaan dikira sebagai Keluar( memberontak) kepada pemerintah?

JAWAPAN:

Tidak syak lagi, sesungguhnya ianya daripada wasilah-wasilah keluar(memberontak) bahkan ianya merupakan daripada keluar (memberontak) tanpa syak.

* Beliau ialah panglima perang di zaman Abdul Malik Marwan yang keluar memberontak kepada Al-Hajjaj bin Yusuf At-Thaqafi pada zaman Tabi`in lalu beliau kalah teruk dalam pertempuran lalu melarikan diri untuk berlindung di bawah kerajaan Kafir lalu mati membunuh diri sebagai tawanan. [ Rujuk Al-Bidayah Wan Nihayah Ibn Kathir]

Diterjemahkan oleh: Abu Ayyub Al-Madani Al-Athari

Universiti Islam Madinah An-Nabawiyyah

17 Rabi`ul Awwal 1432 Hijriyyah

Rujukan : Facebook.com


Pandangan ketiga:

Dr. Yusof al-Qaradhawi

(KEnapa saya tidak 'paste'? kerana Beliau sekarang memang menjadi tempat rujukan pada hari ini. Pasti ramai yang telah membacanya insyallah)


Cukuplah dahulu untuk kali ini yang sempat saya copy n paste...semoga anda dapat menilai sendiri yer. Saya bukanlah yang hebat untuk buat statement pape, tapi sebagai seorang "طالب العلم" perlulah mengetahui pandangan semua para alim ulama' supaya akan datang saya dapat menerima tempias mereka insyallah...



Tags: | 0 Komens

0 Komens:

Try us on Wibiya!