Quick Notice

Hak cipta tidak terpelihara. Anda layak untuk meng'copy' dan meng'comment' sebarang 'post' kami. Powered by Blogger.

NAsihat Sheikh Hasan Awajid Hafizahullah

Tuesday, February 22, 2011 | @mirfathirah

Gambar kenangan
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على نبينا الكريم وعلى آله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين...امّـــــــــا بعد

Berkesempatan lagi pada malam ini untuk menghadiri "اللقاء" perjumpaan mingguan bersama dengan Sheikh Hasan Awajid hafizahullah sebagai permulaan minggu yang pertama untuk semester yang kedua...Semoga Allah S.W.T memberkati dan merahmati perjumpaan ilmiah kami insyaallah

Buat permulaan pada musim yang baru, sebelum memulakan talaqqi kitab شرح الأربعين النووية
لشيخ صالح العثيمين رحمه الله تعالى ,beliau telah memberikan muqaddimah sebagai suntikan semangat untuk kami meneruskan perjalanan sebagai طالب العلم (Penuntut Ilmu) dengan beberapa bekalan. Mudah-mudahan bekalan ini adalah untuk semua yang akan membaca dalam post ini daripada terjemahan saya yang lemah ini.Kuliah Dakwah

Pertama kalinya Sheikh Hasan hendak dari kami adalah bermuamalah dengan 'Mau'izotil hasanah' (Teladan yang baik). Sebagai contoh Sekiranya seseorang meninggalkan bilik ini cukup setahun, apakah yang akan berlaku? Pastinya akan berdebu dan bersawang. Begitulah kehidupan kita pada hari ini kita melihat kemungkaran, maksiat, perempuan dan banyak lagi yang akan kamu lihat di Negara kamu dengan mata akhirnya akan bertapak di dalam hati "ران" .Apakah itu "ران"?
"ران" كما قول الله تعالى .انظر إلى سورة المطففين:الاية ١٤) adalah satu titik hitam. Sekarang tangan aku bersih kemudian aku datangkan dengan pen seterusnya meletakkan sebanyak mungkin titik di atas tanganku.Akhirnya kamu akan nampak tangan aku ini menjadi hitam semuanya. Begitulah hati kita apabila melihat satu maksiat akan wujud titik hitam dalam hati, sekiranya tinggal solat solat jemaah akan wujud titik hitam dalam hati, dan sebagainya. Akhirnya hati akan menjadi hitam ditutupi dengan titik-titik dosa yang kita lakukan. Begitulah yang telah diumpamakan oleh Baginda S.A.W. dengan sebiji cawan yang kosong. Bila mana cawan ini ditelangkupkan permukaan yang terbuka ke atas lantai adakah udara dapat masuk ke dalam cawan itu? Sepertimana hati juga, apabila sudah ditutupi dengan titik-titik maksiat tidak akan menerima KEBENARAN dan tidak pula melarang lagi untuk melakukan perkara yang mungkar.

Pada perjumpaan kita pada kali ini pada kamu semua untuk menjadi contoh teladan yang baik. Aku berpesan kepada kamu semua kerana Negara kamu, Malaysia sedang menunggu kamu semua. Adakah mereka menunggu orang yang kaya untuk menasihati mereka? adakah mungkin? ataupun mereka menunggu seorang pemain bola sepak terkenal untuk menasihati mereka ? mungkin? TIDAK mungkin melainkan. Siapakah yang layak untuk mensihati mereka? Tidak lain adalah kamu semua kerana kamualah yang akan membersihkan hati mereka dengan TAUHID yang sebenar.
Kuliah Syariah

Mereka telah berkata pada hari ini. "Kami adalah Islam". Mereka kebanyakan di Malaysia pada hari ini hanya memegang Islam seperti kad sahaja, tidak solat dll...Ini satu masalah besar. Siapakah yang akan menjadi penyebar untuk mereka? KAMUlah yang aku sayangi. Oleh itu aku berharap kamu semua untuk bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu. (Kemudian sheikh minta semua menyebut nama setiap seorang untuk ingat sampai bila-bila)

Sekarang aku panggil seorang dari kamu, Abdullah azzam. Sekiranya aku memberikan kamu satu bilik yang di dalamnya mengandungi barang2 berharga seperti emas. Kemudian aku berkata padanya: "Baiklah Azzam, sekaarang aku beri masa 10 minit @ 30 minit untuk kamu mengumpulkan sebanyak mungkin emas yang ada dalam bilik ini". Adakah dia akan duduk tidur ketika itu? ataupun dia akan berusaha bersungguh-sungguh? sehinggakan dia tidak mahu makan dan rehat untuk mengumpulkan emas tersebut. Begitulah umpamanya seorang penuntut ilmu apabila diletakkan dalam bilik itu kitab-kitab sahih al-bukhari, sahih muslim, Imam as-Syafi'e, Imam Malik dan sebagainya hendaklah kamu mempelajari semua ilmu itu selama 6 tahun. Kumpullah ilmu yang kamu inginkan. Selepas 6 tahun, kamu tidak akan mendengar lagi suara sheikh, tidak lagi berjumpa dengan sheikh untuk menuntut ilmu. Dan sekarang ini kamu berada di bumi barakah Nabi S.A.W. yang diberkati oleh Allah S.W.T dengan mendatangakan ulama-ulama di bumi Madinah ini. Rebutlah peluang ini.

23/02/2011
Jam 0019
Wehdah 9:232
:::...downloading process...:::60%
To be continued...




Tags: | 1 Komens

1 Komens:

Siti Mariyah said...

Alhamd. sangat berkesan di hati.

Try us on Wibiya!