Quick Notice

Hak cipta tidak terpelihara. Anda layak untuk meng'copy' dan meng'comment' sebarang 'post' kami. Powered by Blogger.

KMK-12!!! MUMTAZ!!

Friday, November 21, 2008 | @mirfathirah

Camne ni? Nak pergi ke tak?
Skang cuti skola.....
Bule jumpe sahabt2......
Dapat cari ilmu pengetahuan......
Dapat menimba pengalaman untuk masa depan......
Camne ni?????.....
Dari pantai Timur Naik Bus berhenti kat Butterworth....
Pastu amik bas ke Bkt Mertajam....
Then call Cikgu ghazali or akhi kamal.......
Maner nak pergi ni........
Antara 2 aktiviti yang bermanfaat dalam stu masa yang sama......
Masih dalam pertimbangan...........Kali Pertama dan buat terakhir di tanah Air...

Tags: | 0 Komens

HEBAHAN TOT

Friday, November 14, 2008 | @mirfathirah

Training Of Trainer

Pendahuluan :

Anda berminat untuk mempelajari selok belok pengendalian program berbentuk kem, kursus dan perkhemahan kepada remaja?
Anda ingin diberi pendedahan secara terperinci bagaimana untuk membina modul aktiviti dan game yang sesuai dengan sasaran peserta?

Kami mempunyai cara untuk anda. Sertai TOT Training of Training anjuran HALUAN MALAYSIA. Kursus ini diberikan secara teori dan praktikal.
Berikut adalah maklumat program :

Nama : TOT- Training Of Trainer -
Tarikh : 26-30 November 2008 (Pendaftaran Jam 10 pagi pada Hari Rabu, 26 Nov)
Hari : Rabu – Ahad ( 5 Hari)
Tempat : Pusat Ko Kurikulum Pulau Pinang, Bukit Mertajam Pulau Pinang.
Sasaran : Pelajar IPTA/S dan Oversea yang bercuti.
Yuran : - Tidak dikenakan Yuran
Tema : Minda Pemimpin Muda
Anjuran : HALUAN PULAU PINANG & KELAB REMAJA HALUAN ( KEARAH

Objektif :
i. Latihan kepimpinan dan corak kepimpinan yang efektif
ii. Mempelajari Selok Belok Pengendalian Pengurusan Kem dan Kursus secara terperinci
iii. Merapatkan Ukhuwah di kalangan ahli peserta
iv. Membina minda ketokohan dalam diri pada peserta
v. Memberi Latihan secara teori dan praktikal kepada para peserta.

Metodologi TOT
i. Teori pendedahan diberikan selama 2 Hari. Para peserta akan diberi teknik pengendalian program secara teoritikal melalui ceramah, aktiviti indoor outdoor dan perbincangan berkumpulan.
ii. Praktikal akan dilaksanakan kepada semasa Kem Minda Kreatif 12 iaitu pada 28-30 November.Para peserta TOT akan merancangan, melaksanakan dan memantau KMK 12 secara sepenuhnya dan diberi tunjuk ajar oleh pihak-pihak yang berpengalaman.

Keperluan Barangan Peserta.

· Al-Quran & Al-Mathurat
· Pakaian solat, harian selama 5 hari
· Kasut dan pakaian riadah ( 2 Pasangan )
· Buku catatan dan alat tulis
· Lampu suluh
· Baju tebal (jika perlu)
· Sudu, cawan & pinggan
Baju hujan/ payung/ jaket kalis air

KEPERLUAN UNTUK MEMASAK ( WAJIB BAWA)
· Beras - 1 kg
· Ikan bilis - 100 gram
· Bawang besar - 3 biji
· Sardin - 2 tin kecil
· Gula - 1/4 kg
· Telur - 5 biji
· Biskut - 1 paket
· Roti berkrim - min 2 buku
· Air mineral - 1 botol besar /
2 botol kecil


Anda berminat? Kami amat mengalu-alukan ahli KeArah dan HALUANSISWA daripada pelbagai Zon untuk menyertai TOT kali ini. Besar harapan kami, melalui perkongsian pengalaman dan ilmu ini kita dapat memberi sumbangan dan khidmat kepada masyarakat melalui kem sebegini.
Berakhlak, Mendidik dan Berbakti.

Sila hubungi Koordinator kami ditalian – Untuk sebarang ajuan dan pertanyaan.
Lelaki – Cikgu Ghazali Saad 012-4262343 atau
Saudara BroHamzah – 019- 5 263 264 emel : brohamzh@yahoo. com
Perempuan – Nurul Zakirah Mat Sin – 0172039468 emel : nuzikra85@yahoo. com
Ramai-ramai berkampung DE Penang!

Tags: | 0 Komens

إمتحان كبرى

Sunday, November 2, 2008 | @mirfathirah

Sedar tak sedar, tidur tak tidur dah sampai ke penghujung rupenye
Inilah yang dinantikan oleh student kat IPT masing2 bagi yang bermatlamat
Demam peksa!!
Tpi bile peksa mane ada yang demam coz nanti tak bule amik paper
Kene Xtan lg sthun...Spe nak kan
So kene bersungguh2 since dulu lagi...hehe....
Kalu bidang ana Tahfiz & Qiraat mmg best.... Mmg dah Bidang Ad-Deen kene taula
Lagi2 Qiraat
Dah masuk sem 5 Qiraat tambah lagi 3 orang tok Guru

أبو جعفر و يعقوب و خلف العاشر
Matan pun lain kitab
متن الدورة للإمام الجزري
Satu je formula kalu sape2 yang belaja Qiraat 3 ni
"فإن خالف أذكر وإلا فأهملا"
Hebat betul Imam2 zaman dulu lebih pakar daripada saintis zaman sekarang cume kaedah Imam2 terdahulu melalui penulisan yang halus yang dapat menghimpunkan banyak bidang.
Misal dalam qiraat terkandung matematik(rumuz), sastera(bait syair), sejarah(تاريخ إمام ) dan sbgainya. (Masyallah) Begitula ilmu yang hadir dari hati dan niat yang suci dari keikhlasan jiwa mereka untuk menuntut ilmu dengan rahmat dan penuh berkat..Mudah2an mereka tergolong dalam orang2 yang tinggi darjatnnya disisi Pencipta yang Maha Adil.
Kite yang belajar ni dengan kitab-kitab mereka pun segan andaikata berjumpa dengan mereka sezaman untuk menuntut ilmu. YEla dengan hati yang penuh dengan karat2 jahiliyah rasenye tak termampu untuk menguasai ilmu sebagaimana yang mereka dapat.. Tpi hendak seribu daya tak hendak seribu dalih... Biar sedikit tetapi boleh bermanfaat untuk diri dan semua masyarakat.... Ingatlah peringatan Allah setiap kali ana ngafal selalu jumpe ayat penutup di penghujungNya.
"والله يعلم وأنتم لا تعلمون"
Bittaufiq wan najah!! fil Imtihan
Klang in One Way Now!

Tags: | 0 Komens

Menjauhi 'ISRAELIYAT MODEN'

Monday, August 18, 2008 | @mirfathirah

Gambar hiasan

Akhir-akhir ini, kita kerap kali di sajikan dengan pelbagai penemuan-penemuan yang mendakwa tertulisnya kalimah-kalimah Allah pada sesuatu objek. Maka dengan girangnya, kita pun turut berkempen ke merata tempat untuk menunjukkan kehebatan dan kekuasaan Allah melalui objek atau gambar-gambar tersebut. Kesannya, objek atau gambar tersebut akan dianggap ‘suci’ dan lahirlah pemujaan terhadap objek tersebut sedangkan Islam amat menegah perbuatan pemujaan sesama makhluk.

Hasilnya, musuh-musuh Islam telah berjaya menjauhkan kita daripada mengkaji dan mendalami penemuan dan rahsia-rahsia ilmu yang terkandung dalam Al-Quran sebagai mukjizat yang terakhir, disebabkan kita lebih suka dimabukkan oleh penemuan-penemuan ‘ajaib’ yang sebenarnya dapat diterangkan dengan mudah oleh ilmu sains. Kita seolah-olah dijadikan seperti anak-anak kecil yang seronok ditipu dan dikhayalkan mengikut imaginasi dihadapan seorang ahli silap mata yang menggunakan tipu daya untuk menimbulkan rasa hairan dan aneh. Lebih tinggi rasa hairan dan aneh tersebut, lebih tinggilah kita diperbodohkan oleh ahli silap mata.

Agenda terancang musuh-musuh Islam ialah ingin mengekalkan umat Islam dalam keadaan jumud, tahyul dan khurafat, sedangkan mereka memonopoli ilmu sains untuk membolehkan mereka menguasai dunia dan umat Islam. Sebenarnya, Allah menetapkan kita hidup dalam dunia yang tidak mempunyai tempat untuk perkara karut dan bohong. Setiap satunya mestilah melalui pemerhatian dan ujikaji, dan sekiranya ujikaji tidak mampu dibuat, pemerhatian akan diteruskan sehingga hipotesis atau andaian ditetapkan.

Namun begitu, sekiranya ada suatu kajian yang berkaitan objek atau jasad didalam alam semesta yang tidak dapat difahami oleh akal, kita seharusnya tidak boleh membenarkan rasa tahyul dan khurafat memenuhi ruang pemikiran kita. Ini kerana ilmu pengetahuan berkaitan hal tersebut tidak akan disingkapkan tabirnya kecuali kita sendiri berusaha untuk mengkajinya. Adalah mustahil sekiranya Allah menggesa kita merenung ciptaanNya, dan dalam masa yang sama menghalang kita untuk mengetahui kebesaranNya. Bukankah banyak perkara yang dahulunya tidak dapat difahami oleh akal, misalnya gunung-ganang yang bergerak seperti kapal di lautan tetapi telah dapat difahami sejajar dengan perkembangan ilmu sains dalam bidang geologi.

Kita lebih suka mengambil jalan mudah yang tidak bersifat ilmiah dan saintifik untuk memahami kekuasaan Allah dalam alam semesta, sedangkan Al-Quran sendiri menekankan umat manusia menggunakan akal fikiran secara saintifik dalam memahami penciptaan alam semesta didalam mengenal Allah. Didalam Al-Quran yang selalu kita baca “Tidakkah engkau lihat...” merupakan suatu ajakan kepada manusia untuk melakukan pengamatan mendalam terhadap alam semesta. Golongan yang dikenali sebagai ‘ulul albab’ didalam Al-Quran ialah manusia yang selalu berzikir kepada Allah, serta selalu memikirkan dan merenungkan ciptaan Allah baik yang ada di langit mahupun yang ada dibumi, sebagaimana disebut dalam surah Ali-Imran ayat 190 dan 191.

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal;

(Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka.

Wahai Tuhan kami! sebenarnya sesiapa Yang Engkau masukkan ke Dalam neraka maka Sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang Yang zalim tidak akan beroleh seorang Penolong pun;

Golongan ‘ulul albab’ dalam konteks sekarang dapat juga diberikan kepada para ahli sains Islam yang beriman kepada Allah melalui ilmu pengetahuan yang dimiliki terhadap alam semesta sebagaimana berimannya para ahli sihir ketika zaman Nabi Musa kerana meyakini melalui ilmu yang dimiliki oleh mereka bahawa mukjizat yang dibawa oleh Nabi Musa benar-benar merupakan sesuatu yang datang dari Allah.

Dipengaruhi rasa tahyul dan khurafat dalam bentuk “israiliyat moden”, serta disebabkan kedangkalan kita terhadap ilmu pengetahuan, maka ramai yang tersalah anggap dalam memahami ayat Al-Quran.

“ Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami disegenap penjuru dan pada diri mereka sendiri......” (Fusshilat: 53).

Dalam ayat tersebut, kalimah ‘tanda-tanda” bukanlah merujuk kepada kalimah tulisan Allah pada ikan, batu, buah, pokok dan sebagainya tetapi merujuk kepada pengetahuan dan kebesaran Allah yang dapat difahami dan diterima oleh akal dan ilmu pengetahuan manusia. Sekiranya kalimah tulisan Allah yang dimaksudkan dalam ayat diatas, bagaimana kita ingin menjelaskan bentuk-bentuk salib dan simbol ajaran Hindu dan Buddha yang terbentuk dalam unsur-unsur biodiversiti disekeliling kita?

Sifat tahyul dan khurafat pada sesuatu fenomena, benda atau objek yang luar biasa menyebabkan kita menjadi malas untuk memikirkan kehebatan Allah pada benda-benda yang dirasakan biasa sahaja menurut pandangan kita. Tiada siapa yang kagum kepada air liur manusia, tetapi menurut ilmu sains, air liur mengandungi DNA yang mempunyai maklumat yang cukup kompleks, dimana sekiranya kita menulis semua maklumat yang terkandung dalam DNA tersebut, kita akan dapat menghasilkan sejumlah buku 900 jilid dengan setiap buku mempunyai 500 helai mukasurat yang memerlukan ruang seluas padang bolasepak untuk menyimpannya. Subhananallah!, semua maklumat ini telah dipadatkan oleh Allah ke dalam sebuah molekul yang sangat halus didalam air liur hinggakan kita tidak dapat melihatnya dengan mata kasar.

Di saat para ahli sains mulhid bingung kerana penemuan mereka membuktikan kebenaran Al-Quran dikala ingin mencari kelemahan Islam, kita pula mengambil langkah ke belakang. Sebenarnya ramai saintis barat yang meyakini kebenaran saintifik Al-Quran, tetapi rasa ego yang diwarisi dari Ahli Kitab menyebabkan hidayah Allah terhalang dari masuk ke hati mereka. Sebagai salah satu jalan memartabatkan Islam, sebagai pencinta ilmu atau kelompok Rabithah ’Ilmiyah Tsaqafiyah, para daie perlulah mempersiapkan diri dengan pengetahuan sains untuk berhadapan dengan masyarakat celik sains, sebagaimana Allah memperlengkapkan Musa dengan ilmu pada zaman dimana sihir hanya dapat dipatahkan melalui mukjizat berbentuk sihir juga.

*petikan artikel dari Al-Akhbar April 2008-Buletin Rasmi MATRI (Oleh : Cikgu Abdul Rahman Bin Daud)

Kunjungi laman web MATRI: http://www.matri.edu.my/



Tags: | 0 Komens

U.I.M Berita Gembira untuk Muslimat

Thursday, August 14, 2008 | @mirfathirah


Baru-baru ni kolej ana buat konvokesyen kat Dewan Ahmad Razali Jalan Kapar
Yang nak di fokuskan ialah dalam ucapan Dr. Imad..
Dan berita baik untuk sahibah2 yang berhajat untuk meneruskan pengajian dalam bidang agama
Dalam ucapannya Beliau berkata:
"Insyallah pada tahun depan atau 2 tahun lagi , pihak U.I.M(Universiti Islam Madinah) akan membuka pengajian untuk pelajar-pelajar muslimat"
Berita ni ana dah maklum pada awal kedatangan beliau selasa lalu.
Oleh itu bagi mane2 sahibah yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke U.I.M bolehlah buat persiapan untuk mantapkan ilmu dalam bahasa arab dll.
Untuk mentaukidkan lagi keyakinan pembaca Dr Imad merupakan bekas rektor U.I.M dan yang menggantikan beliau adalah kawan rapat beliau sendiri. U.I.M juga akan membuka beberapa kos-kos baru seperti management,(yang ana ingt).
kemasukan U.I.M Tahun 2008 seramai 27 orang 5 orang dari Pulau Condong, 2 dari Kolej Hafiz(yang ana maklum)
Wallahua'lam

Ijtahidun wala taksal

Tags: | 0 Komens

MUQOBALAH MADINAH

| @mirfathirah


Alhamdulillah kali berkesempatan akhirnya
nak teruskan projek yang tertangguh
akibat kerja D &T tak henti-henti
baru-baru ni baru temuduga untuk ke Madinah
buat kat Malaysia je
nak pergi ke sana tak ckup kewangan lagi
Maka bertemudugalah pada 11 hb Ogos/ 9 Sya'ban 1429 H
Dengan Professor Dr. Imad Zuhairy Abdul Qadir HAFIZ
beliau salah seorang daripada 3 orang yang dapat title Professor di U.I.M (Universiti Islam Madinah)
Ana dipanggil masuk bilik muqobalah pukul 11.20 Am
Berdebar tak terhingga bertemu dengan Imam Masjid Quba'
Muqobalah yang berlangsung 15 minit disusuli dengan soalan2 yang berbagai......
Insyallah akan bersambung akan datang....

Tags: | 0 Komens

PINTU RAMADHAN

Tuesday, July 29, 2008 | @mirfathirah

BULAN SYA'BAN :
Persediaan Di Ambang Ramadhan




Setiap bulan dalam sepanjang tahun mengikut kiraan taqwim Hijriyyah mempunyai kelebihan tertentu dan keistimewaan beribadat di dalamnya. Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta‘ala menciptakan hari atau bulan itu ada yang baik dan ada yang lebih baik. Sebagaimana yang disebutkan oleh hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam mengenai kelebihan bulan Muharram, Rejab, Sya‘ban, Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah sebagai bulan-bulan yang istimewa. Begitu juga dengan hari-hari tertentu seperti Juma‘at, Khamis dan Isnin mempunyai pelbagai fadhilat.

Bulan Sya‘ban Dan Galakkan Beribadat Di Dalamnya


Sekarang kita berada di bulan Sya‘ban. Bulan Sya‘ban juga mempunyai keistimewaan tersendiri di dalam Islam. Keadaan ini samalah juga dengan bulan-bulan yang lain yang mempunyai fadhilat tersendiri, sehingga menyebabkan kehadirannya sentiasa ditunggu-tunggu oleh mereka yang ahli ibadat sebagai masa mengaut pahala.


Bulan Sya‘ban adalah antara bulan yang paling dicintai oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam di mana Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam akan lebih banyak berpuasa di bulan ini. Pernah diriwayatkan bahawa Baginda tidak pernah berpuasa sunat dalam sebulan, lebih banyak daripada puasanya di bulan Sya‘ban.


Dalam makna yang lain Baginda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam memperbanyakkan puasa sunat di bulan Sya‘ban dibandingkan bulan-bulan yang lain. Oleh kerana itu amatlah dituntut bagi umat Islam mencontohi apa yang dilakukan oleh Baginda itu kerana selain memperbanyak amal kebajikan di bulan ini, ia juga merupakan suatu latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan Ramadhan.

Amalan-Amalan Sunat Pada Bulan Sya‘ban


Keistimewaan bulan ini bahawa amalan seluruh manusia diangkat untuk dihadapkan kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala, maka sewajarnyalah sepanjang bulan ini diisikan dengan amal ibadah dan kebajikan. Maka antara amalan yang digalakkan pada bulan Sya‘ban adalah:


1. Memperbanyak puasa sunat.


Bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam lebih gemar berpuasa sunat dalam bulan Sya‘ban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.


2. Bertaubat dan beristiqhfar


Taubat ialah pembersihan rohani kerana taubat itu menjadi tuntutan dalam agama supaya setiap diri individu yang sememangnya tidak ma‘shum ini melakukan taubat pada setiap masa dan ketika. Tegasnya hukum taubat itu adalah wajib dari segi syara‘. Walau bagaimanapun sebenar-benar taubat itu ialah yang dikatakan taubat nasuha.


Taubat nasuha tidak akan tercapai tanpa mendatangkan terlebih dahulu syarat-syarat yang ditentukan. Umpamanya jika dosa itu antara hamba dengan Tuhan:


1. Hendaklah dia meninggalkan dosa atau maksiat itu.

2. Hendaklah dia benar-benar menyesali dan merasa dukacita atas perbuatan maksiatnya itu.

3. Hendaklah dia berjanji dan berazam untuk tidak akan kembali mengulangi melakukannya.


Manakala jika dosa itu bersangkut paut dengan hak orang lain, maka selain syarat-syarat sebagaimana yang disebutkan di atas, ditambah lagi satu syarat iaitu hendaklah membersihkan dirinya daripada hak orang itu atau orang yang melakukan dosa itu memohon maaf kepada orang berkenaan.


Selain daripada itu, peranan taubat itu sendiri tidak terhenti setakat membersihkan diri daripada segala dosa dan maksiat. Lebih daripada itu ia juga merupakan suatu cara untuk kita sentiasa berlindung diri kepada Allah subhanahu wa Ta‘ala memohon keberkatan ketika kita memulakan dan membuat sesuatu pekerjaan yang berfaedah dan mengharapkan kurnia, taufiq serta diselamatkan daripada ditimpa musibah, kesusahan, kesulitan dan sebagainya.


Adapun istighfar itu pula ialah pernyataan memohon ampun kepada Allah daripada semua dosa. Lafaz istighfar itu di antaranya ialahأستغفر الله العظيم bererti: “Aku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung”.


3. Memperbanyak zikir dan berdoa


Zikir ialah ucapan yang dilakukan dengan lidah atau mengingati Allah dengan hati, dengan ucapan atau ingatan yang mempersucikan Allah dan membersihkanNya dari sifat-sifat yang tidak layak untukNya.


Terdapat banyak ayat al-Qur’an dan hadis yang memerintahkan agar manusia mengambil berat tentang zikir. Banyak faedah yang diperolehi hasil daripada berzikir. Antaranya ialah:


i. Menenangkan hati:


Ini bersesuaian dengan janji Allah Subhanahu wa Ta‘ala bahawa orang-orang yang beriman itu tenang hati mereka dengan zikrullah. Ini kerana berzikir (mengingati Allah) itu mententeramkan hati manusia.


ii. Kawalan Diri dan Perlindungan Malaikat:


Seseorang itu merasa terkawal kerana Allah sentiasa menyertainya di mana sahaja dia berada. Akibatnya paling minima dia takut hendak berbuat maksiat dan bersedia pula untuk melakukan ketaatan.


Bahkan dia juga mendapat kawalan sepenuhnya daripada malaikat. Bagi orang yang sekadar duduk di majlis zikir sekalipun tidak bersama berzikir akan mendapat juga rahmat Allah dan kawalan malaikat.


iii. Terpelihara Daripada Godaan dan Pujukan Syaitan.


iv. Meningkatkan Rasa Kecintaan Kepada Allah:


Untuk meningkatkan kecintaan kepada Allah, mestilah memahami dan menghayati bacaan tasbih, doa dan istighfar yang diucapkan itu.


Antara keistemewaan amalan zikir itu pula ialah:


i. Zikir boleh dilaksanakan bila-bila masa walaupun sedang melakukan pekerjaan tanpa terikat dengan waktu. Ia juga boleh dilaksanakan dalam keadaan duduk, tidur, berdiri dan baring.


ii. Boleh dilaksanakan walaupun dalam keadaan berhadas sama ada hadas kecil mahu pun hadas besar. Walau bagaimanapun makruh berzikir secara lisan ketika berada di dalam tandas.


Begitu juga dengan perkara doa. Doa boleh dilakukan tanpa mengira tempat dan masa. Doa ialah memohon sesuatu hajat atau perlindungan daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala dengan cara merendahkan diri dan tawadhu‘ kepadaNya.


Selain daripada itu banyak lagi amal kebajikan yang boleh dilaksanakan di bulan Sya‘ban ini sebagai persiapan menyambut kedatangan Ramadhan seperti memperbanyakkan selawat atas junjungan besar Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam, bersembahyang sunat terutama di waktu malam, banyak bersedekah dan sebagainya. Maka rebutlah peluang dan kelebihan yang ada di bulan Sya‘ban ini untuk mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah ditanya, mengapa Baginda melebihkan berpuasa sunat di bulan Sya‘ban berbanding bulan-bulan yang lain? Baginda bersabda:


ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ

(رواه النسائي)



Maksudnya: “Bulan itu (Sya‘ban) yang berada di antara Rejab dan Ramadhan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadah ku di angkat ketika aku berpuasa”.

(Hadis riwayat an-Nasaie)

Kelebihan Malam Nisfu Sya‘ban


Adapun kelebihan Malam Nisfu Sya‘ban itu telah disebutkan di dalam hadis shahih daripada Mu‘az bin Jabal Radhiallahu ‘anhu, bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya :

“Allah menjenguk datang kepada semua makhlukNya di Malam Nisfu Sya‘ban, maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.”

(Hadis riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban)


Di Malam Nisfu Sya‘ban juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Berkata Imam asy-Syafi‘e dalam kitabnya al-Umm: “Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya ‘Aidil fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nisfu Sya‘ban.”

Menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban


Nisfu Sya‘ban ialah hari ke lima belas daripada bulan Sya‘ban. Malam Nisfu Sya‘ban merupakan malam yang penuh rahmat dan pengampunan daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Kenyataan ini dapat direnung kepada hadis yang diriwayatkan oleh Mu‘az bin Jabal Radhiallahu ‘anhu di atas.


Adapun cara menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban sebagaimana yang dilakukan sekarang ini tidak berlaku pada zaman Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dan zaman para sahabat. Akan tetapi ia berlaku pada zaman tabi‘in dari penduduk Syam. Menyebut al-Qasthalani dalam kitabnya al-Mawahib al-Ladunniyah, bahawa para tabi‘in daripada penduduk Syam seperti Khalid bin Ma‘dan dan Makhul, mereka beribadat dengan bersungguh-sungguh pada Malam Nisfu Sya‘ban. Maka dengan perbuatan mereka itu, mengikutlah orang ramai pada membesarkan malam tersebut.


Para tabi‘in tersebut menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban dengan dua cara:


1. Sebahagian mereka hadir beramai-ramai ke masjid dan berjaga di waktu malam (qiamullail) untuk bersembahyang sunat dengan memakai harum-haruman, bercelak mata dan berpakaian yang terbaik.


2. Sebahagiannya lagi melakukannya dengan cara bersendirian. Mereka menghidupkan malam tersebut dengan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa dengan cara bersendirian.


Ada pun cara kita sekarang ini menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban dengan membaca Al-Qur’an seperti membaca surah Yasin, berzikir dan berdoa dengan berhimpun di masjid-masjid atau rumah-rumah persendirian sama ada secara berjemaah atau perseorangan adalah tidak jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh para tabi‘in itu.

Amalan-Amalan Bid‘ah Dalam Bulan Sya‘ban


Dalam keghairahan kita menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban itu dengan berbagai cara ibadat, kita perlu berhati-hati agar tidak melakukan perkara-perkara bid‘ah.


Di antara perkara bid‘ah itu ialah bersembahyang sunat Nisfu Sya‘ban. Sembahyang ini sebenarnya tiada tsabit dalam ajaran Islam. Imam an-Nawawi dan Imam Ibnu Hajar telah menafikan adanya sembahyang sunat Nisfu Sya‘ban kerana suatu sembahyang itu disyariatkan cukup dengan sandarannya sama ada dari nash Al-Qur’an atau pun hadis.


Jika seseorang itu masih juga ingin untuk melakukan sembahyang, maka sayugialah dia mengerjakan sembahyang-sembahyang sunat yang lain seperti sunat Awwabin (di antara waktu maghrib dan Isya’), sembahyang tahajjud, akhirnya sembahyang witir atau sembahyang sunat muthlaq bukan sembahyang sunat Nisfu Sya‘ban. Sembahyang sunat muthlaq ini boleh dikerjakan pada bila-bila masa sahaja sama ada pada Malam Nisfu Sya‘ban atau pada malam-malam yang lain.


Adalah mendukacitakan pada malam yang penuh berkat dan keampunan itu, wujud perkara-perkara yang tidak selari dengan syara‘, iaitu adanya orang yang membuat hiburan atau mengadakan konsert pada Malam Nisfu Sya‘ban. Apatah lagi jika hiburan atau permainan yang diadakan itu melibatkan ramai orang Islam sehingga terlepas untuk merebut peluang beribadat dan berdoa pada malam tersebut. Perbuatan seumpama ini setentunya menyumbang kepada maksiat.


Sesunguhnya bulan Sya‘ban itu adalah bulan di mana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam lebih banyak berpuasa sunat dibandingkan pada bulan-bulan yang lain, iaitu sebagai persiapan dan persediaan untuk menghadapi bulan Ramadhan. Amalan Baginda itu sewajarnya dicontohi oleh sekalian umat Islam disamping bulan Sya‘ban itu sendiri mempunyai kelebihan yang tersendiri seperti Malam Nisfu Sya‘ban.




















































Tags: | 1 Komens

Festival Nasyid IPT D UKM

Thursday, March 6, 2008 | @mirfathirah

GAMBAR KENANGAN

KUMPULAN: SYAHIRAN (KOLEJ HAFIZ)

PENGURUS: eN ABDUL SALAM BIN EMBONG

JURULATIH: 1. uSTAZ MOHAMAD HAFIZ B. HJ. HANEEFA

2. USTAZ ZAINI (SALES OFFICER FIRE FLY)


DATA: Festival Nasyid IPT D UKM

TARIKH: 1 MAC 2008

TEMPAT: DEWAN TERTUA DI UKM

pENYERTAAN: 26 KUMPULAN
KEDUDUKAN: NO. 13



Tags: | 0 Komens

Try us on Wibiya!