Quick Notice

Hak cipta tidak terpelihara. Anda layak untuk meng'copy' dan meng'comment' sebarang 'post' kami. Powered by Blogger.

Palestine, More than today

Tuesday, February 17, 2009 | @mirfathirah

WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza)

28 01 2009

palestine
WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza)

(Composed by Michael Heart)
Copyright 2009

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

from: Published by Khalid al-Walid

Tags: | 0 Komens

What the meaning of FIKRAH ISLAM- by Abu Umar

| @mirfathirah

FIKRAH ISLAM

Fikrah Islam atau fikrah kita ialah ajaran Allah, yang lengkap, yang sempurna, syumul dan merangkumi seluruh kehidupan mukmin.
Inilah Islam, Addeen yang ditanzilkan atau diturunkan oleh Allah dan dibawa oleh Rasulullah S.A.W dan dilaksanakan di zaman awal. Allah Taa’la telah menjelaskan dan menegaskan tentang kesempurnaan Islam di dalam FirmanNya :
اليوم أكملت لكم دينكم وأتممت عليكم نعمتى ورضيت لكم الإسلام دينا

Oleh kerana Dienul Islam telah sempurna maka kita tidak boleh menambah atau mengurangkannya, begitu juga kita tidak boleh mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain.
Hendaklah kita sedar bahawa kita adalah pengikut dan penganut Dienul Islam dan mengakui sebagai hamba Allah, dan kita bukannya pencipta Dien. Oleh yang demikian kitalah yang perlu menyesuaikan diri dengan Islam dan bukannya Islam itu harus bersesuaian dengan selera kita, kehendak kita dan kemahuan masyarakat seperti firman Allah:
وَإِنْ تُطِعْ أَكْثَرَ مَنْ فِي الْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ إِنْ يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ

“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini ,nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah.Mereka tidak lain hanya mengikuti prasangka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta terhadap Allah.” (Al-an’am-116)
FOR MORE PLEASE VISIT:
http://azmibhr.wordpress.com/

Tags: | 0 Komens

PENGEDAR DI TERENGGANU

Sunday, February 15, 2009 | @mirfathirah

KahfiStudio.wordpress.com

Assalamu’alaikum wbt,
KahfiStudio merupakan sebuah hasil usahasama rakan-rakan dari HaluanSiswa Nasional yang mahu melihat HaluanSiswa untuk pergi lebih jauh dalam menyebarluaskan Dakwah Islamiyah kepada setiap hati-hati warga kampus. Oleh yang demikian, faktor pendanaan amatlah penting dalam melancarkan sesuatu program. Menyedari hal ini, kami memulakan projek ini dengan harapan ia boleh menjadi penyumbang kewangan kepada HaluanSiswa Nasional dalam rangka untuk berdiri di atas kaki sendiri.
fOR READ MORE VISIT:
http://www.kahfistudio.wordpress.com

Bagi sahabat dan sahibah yang belajar @ tinggal @ bekerja di kawasan Terengganu yang berminat untuk membeli produk keluaran HAluan siswa yang pertama bule memesan melalui ana dengan menghantarkan pesanan melalui email ana hdzlh_88@yahoo.com atau SmS sahaja no ana 0133566329.

Untuk melihat Catalog sila lawat branch kahfistudio at:
http://www.kahfistudio.wordpress.com/produk/

MEMBELI SAMBIL MEMBINA

Tags: | 0 Komens

AKADEMI IMAM TERAWIH 2009

Friday, February 13, 2009 | @mirfathirah

Sejarah Baru Kerajaan Negeri Selangor'09


Kolej Hafiz, 15 Feb.-ALHAMDULILLAH buat pertama kalinya Kerajaan Selangor telah mengadakan satu program untuk memartabatkan para huffaz dengan mengadakan Akademi Imam Terawih Negeri Selangor Tahun 2009 pada hari ini BErtempat di Conference Hall Masjid Sultan Abdul Aziz Shah Shah Alam yang bermula pada pukul 10.00 sehingga pukul 12.00 sebentar tadi.



Bacaan Pembukaan Oleh FINALIS AQ'06 Ust. Mohd Shukri Ali


Acara yang julung kalinya diadakan telah diilhamkan oleh YB DAto' Hasan Ali (Exco Kerajaan Selangor) sebagai penyandang Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam melalui perbualan ringkas beliau bersama dengan Imam Besar Masjid Negeri Ustaz Hj. Ahmad Mustafa Bin Sidin Al-Muqri di dalam lift untuk menyatakan hasrat beliau untuk di jadikan realiti. Maka dengan dorongan itulah yang membawa kepada penganjuran Akademi Imam Terawih N. Selangor 2009.


Ucaptama oleh Pengarah Akademi Imam Terawih'09


Akademi ini di sertai oleh beberapa buah tahfiz seluruh Negeri Selangor seperti Ma'had Hafiz Klang, Darul Quran dan beberapa institusi tahfiz swasta yang lain. Seramai lebih 130 peserta yang menjadi pilihan Allah telah mempersembahkan bacaan dalam solat yang dihakimi oleh panel-panel yang terdiri dari Ustaz-ustaz yang berpengalaman. antaranya ialah Imam Masjid Negeri sendiri iaitu Ustaz hj. Ahmad Mustafa(Gambar atas), Ustaz Mohd Shukri Ali (Finalis Akademi al-Quran 2006) merangkap Imam Masjid Negeri dan beberapa orang lagi yang berpengalaman dalam bidang al-Quran.

Peserta Akademi Imam Terawih ketika ditemuduga


Pada minggu ini semua peserta akan memasuki peringkat saringan yang akan menentukan pemilihan seramai hanya 60 orang peserta untuk dipilih mengikuti kursus sekali sebulan untuk memantapkan tajwid, fasohah, taranum dan beberapa kretiria untuk menjadi seorang Imam yang berkebolehan mempersembahkan bacaan kepada masyarakat di setiap masjid di Selangor.

60 peserta yang terpilih untuk mengikut kursus seterusnya akan diumumkan melalui surat yang akan diposkan pada minggu depan mengikut institusi pengajian ataupun kepada individu yang berdaftar dibawah persendirian. Peserta yang layak juga untuk mengikuti kursus seterusnya akan diberikan elaun pengajian sebanyak RM50 sebagai wang saku selama mereka mengikuti kursus yang akan diadakan pada sebulan sekali bermula pada pukul 8 pagi sehingga pukul 12 tengahari yang akan dikendalikan oleh panel-panel hakim sendiri.


43 Peserta dari Ma'had Hafiz Klang yang menyertai Akademi Imam Terawih



Pihak penulis ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga diatas penganjuran Akademi Imam Terawih 2009 ini kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor Dato' Dr Hasan ALi . Semoga dengan adanya acara seperti ini dapat menaikkan martabat para huffaz untuk mengetengahkan Generasi al-Quran yang akan dipimpin oleh belia-belia Islam. Aktiviti ini juga wajar diikuti dan diteladani oleh setiap kerajaan di seluruh Negeri di Malaysia dalam rangka untuk mengangkat al-Quran ke martabat yang tertinggi.-bro_Hdzlh-JAm 15.51- Kolej Hafiz-

Tags: | 0 Komens

Jemaah ATAU Islam??

Thursday, February 12, 2009 | @mirfathirah

assalamualaikum wbt. semoga segala perasaan dan cinta kita hanya pada yang Maha Penyayang. Dia Tuhan sekalian alam sudah memberi kita petunjuk melalui Kitab Mulia ALQURAN dan HADITH nabi SAW. semoga kita sentiasa terdiri daripada mereka yg merasa kemanisan iman. amin..

sedih jugak bila fikir tentang apa lah nak jadi dengan politik Malaysia sekarang. saya pun xberapa faham tentang apa yg berlaku diperak. sama jugak apa yang berlaku di UIA baru2 ni. pilihan raya kampus oleh 3penjuru menjadi sebuah padang persengketaan. pro mahasiswa nya mmg bagus. tapi sedih bila ada adegan saling tuduh menuduh. padahal mereka mempunyai fikrah yang sama. bezanya cuma cara.

apa yang saya nak kongsi disini, bukanlah sapa yang lebih baik. namun teringat apa yang saya belajar dalam subjek ISLAH dan TAJDID (subjek minor-history). mungkin sesetengah org tertanya? PERLUKAH BERJEMAAH? bila sebut usrah je, semua dah buat muka. ILLEGAL kata mereka. ade jugak yang membanding2kan jemaah ini lebih baik dari ini, jemaah ini sesat, jemaah ini ektsrim dan sebagainya.

hadith ade menyebut: "daripada Ibn 'Abbas R.A, Nabi SAW bersabda: 'pertolongan Allah bersama jemaah" (RIWAYAT AL-TARMIZI)

jemaah ni bermaksud: majoroti umat Islam yang mengikut sunnah dibawah satu kepimpinan atau dalam 1 urusan agama. (diambil daripada buku 300 Hadith Bimbingan, Kearah mencari Redho Allah).

sememangnya kita sepatutnya berada dalam jemaah. ini diamalkan oleh Rsulullah sendiri. konsep Tajdid- membawa Islam kepada yang asal, memberikan kesearan kepada umat Islam agar mengikis segala anasir2 yang tidak islamik dan kembali kepangkal jalan. ini dipelopori oleh organisasi dan jemaah malah sesebuah kumpulan dalam satu2 masyarakat. namun, arus tajdid menafikan mana2 jemaah yang terlalu melampaui batas sehingga sanggup meletakkan label kafir atau salah terhadap jemaah yang lain. atau melabelkan jemaah nya lebih syar'ie atau lebih benar. sepatutnya, ia menjadi sumbangan yg positif kepada masyarakat.

selain itu, yg berada dalam jemaah jugak tidak boleh melabelkan yang tidak masuk jemaah sebagai pendirian yang tidak diiktiraf. ini adalah melampau. seperti yang disebut oleh DR. Asri Zainul Abidin. mungkin sahaja yang individu itu lebih baik dari segi sumbangannya kepada Islam daripada mereka yang berada didalam jemaah sehingga yg jemaah ni xhabis2 mencari kesalahan jemaah yang lain. sebagai contoh, tokoh tajdid JAmaludin Hassan Al-Afghani. beliau bergerak tidak terikat dengan mana2 jemaah. nmun idea nya dan pembawakan beliau mngundang kemaslahatan kepada arus tajdid bagi umat Islam. tapi ada jugak keburukannya juka tidak berjemaah. mungkin sahaja kita tidak sekuat mana jika berseorngan dalam berdakwah dan menyebarkan kebaikan.

bukti Allah melarang sikap ekstrim didalam beragama adalah didalam surah al-Maidah ayat 77. "katakanlah: wahai Ahli kitab! janganlah kamu melampau dalam agama kamu secara yang tidak benar dan janganlah kamu menurut nafsu sesuatu kaum yang telah sesat sebelum ini dan telah menyesatkan banyak manusia serta (sekarang) mereka telah tersesat (jauh) dari jalan yang betul"

kesimpulannya.....tidak perlulah sebuah jemaah itu menganggap jemaah lain itu tidak betul. atau asyik rasa dia je yang betul. yang penting, cukup kita tahu, jemaah itu berpandukan al-Quran dan Al-Sunnah. kalau ade ahli jemaah tu yang lebih mementingkan cakap2 jemaah dari al-Quran, maknenya ade something wrong lah dengan jemaah tuh. apa yg penting??? ISLAM!!


Tags: | 0 Komens

LIHATLAH MALAYSIAKU....

| @mirfathirah

Lihatlah Malaysia pada hari ini
apabila Islam dipolitikkan
Tiada upaya yang dapat dimenangi
tetapi rakyat yang menjadi pesakit
kerana bantuan ubatan masih di persimpangan

apabila islam dipolitikkan
menjadi sebagai sebuah iklan
Rakyat mampu melihat
UP skit baling batu jer

Sebaliknya
apabila politikan diIslamkan
Bantuan ubatan segera diedarkan
IKlan tidak diperlukan lagi
masing2 sedar tanggungjawab yang hadir

apabila Islam dipolitikkan......
Mari sama-sama duduk sebentar membina keimanan

Tags: | 0 Komens

ISLAMIC WALLPAPER

| @mirfathirah

Assalamualaikum wbr
Afwan kathiran kepada semua coz blog ana dah lame tak beroperasi
Kebetulan ada mase yang di izinNya ana nak sambung kat PIT STOP ni untuk mendapatkan 'Islamic wallpaper'
Dengan adanya Gambar yang mewajahkan kehebatan Pencipta dalam kehidupan kita terutamanya dalam keadaan kita tidak sedarkan diri...
Bila senang diingatnya sekejap je nikmat yang diberikanNya
Bila Susah diingatnya bilakah nikmat kesusahan ini akan berakhir sedangkan ianya berlaku sekejap jeee....
PA pe pun HDA sokmo!!!
P/s:DOakan ana diberi ketetapan dan istiqamah untuk bekerja untuk Islam

Tags: | 0 Komens

Try us on Wibiya!