Quick Notice

Hak cipta tidak terpelihara. Anda layak untuk meng'copy' dan meng'comment' sebarang 'post' kami. Powered by Blogger.

TUNAI HAJAT BERTAMBAH DEKAT!!

Friday, April 10, 2009 | @mirfathirah


Di kesempatan ini ana ingin sampaikan hajat sahabat ana untuk mempromosikan 2 buah novel keluaran pertama Beliau iaitu NOvel VT dan Siri montivasi LAngit Ilahi...

Pada hal ana belum baca tapi ana dapat rasakan bahangnye untuk membaca lebih-lebih lagi novel VT yang diadaptasi dari pengalaman sebenar penulis terhadap sukan kegemaran Beliau iaitu bola tampar...


Selain itu Novel VT ini boleh dijadikan sebagai titik permulaan pintu kejayaan kepada seseorang terutamanya untuk sebuah TEAM dalam mana-mana sukan yang diceburi.... Ditambah pula dengan kecintaan yang melimpah kepadaNya dalam kita bersukan menambahkan lagi spirit untuk meneruskan dakwah bagi yang bergiat aktif di sekolah seterusnya IPT. Mungkin lepas ana baca Novel VT ini ana akan ulas banyak lagi Kelebihan Bersukan menurut Islam berdasarkan dari Novel VT ini....

Semoga Novel VT mendapat tempat di persada Novel Islamic the best seller setaraf dengan Novel Ayat-Ayat Cinta...

Tapi bagi ana Inilah Novel Islamic yang terbaik kerana menitikan ciri-ciri kecintaan kepada Allah yang meletakkan kejayaan seseorang dalam apa jua keadaan...


Selawat dan salam kita kepada Nabi junjungan yang telah mendidik kita walaupun kita tidak bertemu dengan Baginda tetapi kita dapat merasai kehadiran baginda seolah-olah kami menerima apa yang dikatakan oleh baginda walaupun selepas 1430 tahun yang lampau.


Maka saat ini lahirlah seorang Penulis Novel termuda yang merasai kehadiran baginda Rasulullah s.a.w sehingga dapat menghasilkan novel berdasarkan penghayatan hidup beliau mengerti Islam satu cara hidup.

Tiada alasan kepada pembaca yang tidak berminat dengan Kegiatan sukan. Di sini saya sertakan buktinya:


kata-kata Dr Amida Abdulhamid,
“Saya tidak faham sangat tentang sukan, tetapi apabila baca VT, saya dapat faham. Barulah saya tahu apa yang dinamakan ‘digging’, ‘setting’ dan lain-lain dalam bola tampar. Dia (Hilal Asyraf) dapat menggambarkan permainan bola tampar hingga kita boleh ‘nampak’ depan mata.”

Novel ini juga menyediakan beberapa gambar, untuk menjelaskan beberapa teknik dalam bola tampar, untuk membantu anda membayangkan perjalanan permainannya.


Untuk lebih mengenal Kupasan yang ingin digarapkan dalam kedua-dua novel ini sila lawati:



Sekian Wsalam

Tags: | 1 Komens

REFRESH OUR IMAN::

Wednesday, April 8, 2009 | @mirfathirah

sekadar gambar hiasan


Kesungguhan Dalam Beramal


Muqaddimah

Apa yang dikehendaki oleh Islam daripada penganutnya ialah membentuk umat yang soleh untuk menjadi Khalifah dan memakmurkan muka bumi, agar dengan itu ia menjadi umat yang terpelihara identitinya dan memuliakan diri ke merju jaya. Itu tidak akan dapat dicapai kecuali dengan memiliki sikap positif dan bersungguh-sungguh.


Ia hendaklah bermula dengan dirinya, kemudian berpindah posisi daripada kedudukan pengkritik kepada kedudukan penyumbang yang menggerakkan agenda dan mengepalai urusan dengan penuh keyakinan diri dan kepergantungan kepada Allah tanpa mengendahkan segala halangan atau terpengaruh dengan desakan orang awam.


Makna kesungguhan

Kesungguhan (jiddiyyah) lawan kepada perkataan olok-olok, bermudah-mudah, lemah dan lembap. Ia bermaksud: "melaksanakan tanggungjawab syarak dan dakwah serta-merta, cekal, berterusan dengan menggunakan semaksimum mungkin kebolehan yang ada, tanpa mempedulikan halangan atau mencari alasan untuk tidak melakukannya".

Sejarah telah diwarnai dan dipenuhi oleh orang-orang yang bersungguh-sungguh. Bukan oleh orang-orang yang santai, berehat-rehat dan berangan-angan. Dunia diisi dan dimenangkan oleh orang-orang yang merealisasikan cita-cita, harapan dan angan-angan mereka dengan jiddiyah (kesungguhan) dan kekuatan tekad.


Namun kebatilan pun dibela dengan bersungguh-sungguh oleh para pendukungnya, oleh kerana itulah Ali bin Abi Thalib ra. menyatakan: "Al-haq yang tidak diurus dengan baik akan dikalahkan oleh Al-bathil yang diurus dengan baik".


Ketika Allah menyuruh Nabi Musa as mengikuti petunjuk-Nya, tersirat di dalamnya sebuah pesanan abadi, pelajaran yang mahal dan kesan yang mendalam:
"Dan telah Kami tuliskan untuk Musa pada luh-luh (Taurat) segala sesuatu sebagai pelajaran dan penjelasan bagi segala sesuatu; maka (Kami berfirman): Berpeganglah kepadanya dengan teguh dan suruhlah kaummu berpegang teguh kepada perintah-perintahnya dengan sebaik-baiknya, nanti Aku akan memperlihatkan kepadamu negeri orang-orang yang fasiq".(QS. Al-A’raaf (7):145)

Jiddiyah ini juga nampak pada diri Nabi Ulul Azmi (yakni Nuh, Ibrahim, Musa, Isa, Muhammad yang dianggap memiliki azam terkuat).


Dakwah berkembang di tangan orang-orang yang memiliki kesungguhan dan semangat juang yang tidak pernah pudar. Ajaran yang mereka bawa bertahan melebihi usia mereka. Boleh jadi usia para mujahid pembawa misi dakwah tersebut tidak panjang, tetapi cita-cita, semangat dan ajaran yang mereka bawa tetap hidup sepeninggalan mereka. Apa ertinya usia panjang namun tanpa isi, sehingga boleh jadi biografi kita kelak hanya berupa 3 baris kata yang dipahatkan di nisan kita : ‘Si Fulan lahir tarikh sekian-sekian, mati tarikh sekian-sekian’.


Syarat-Syarat Jiddiyah (Kesungguhan) Dalam BeramalSyarat-syarat Jiddiyah dalam beramal memiliki lima syarat:1. Al-Istijabah al-Fauriyah (Menyahut dengan segera)2. Al-Azmul al Qawiy (Kesungguhan yang kuat)3. Al-Mutsabarah (Tabah dan istiqamah)4. Taskhirul kulli imkanaat (Mengerahkan seluruh potensi)5. Mughalabul ‘adzar (Dapat mengatasi segala permasalahan yang dihadapi)

Al-Istijabah al-Fauriyah (Menyahut dengan segera)Pendakwah sejati adalah ketika mendapat tugas dan mendengar perintah dari pihak kepemimpinan atau dari murabbinya akan menyahut dengan cepat tanpa ragu-ragu dan berkomentar, kerana ia memahami bahawa tugas dan perintah yang datang dari kepimpinan adalah untuk segera dilaksanakan, bukan untuk didiskusikan. Kerana ia sama-sama berkongsi wawasan, visi dan misi organisasi.

Demikianlah para sahabat Nabi s.a.w memahami perintah ketika turun ayat yang mengharamkan khamar (Al-Maidah 3: 90) dan perintah kewajiban menutup aurat (An-Nur 24 : 31). Begitu para muslimat sahabiyat mendengar perintah menutup aurat ketika di pasar, mereka langsung menarik kain kudung untuk menutup kepala dan dada mereka tanpa ragu-ragu dan berkomentar.

Al-Azmul Qawiy (Kesungguhan Yang Kuat) Aktivis dan anggota dakwah harus memiliki semangat dan kesungguhan yang kuat, kerana amanah yang dipikulnya sangat berat. Di antara doa Rasulullah s.a.w ialah:
“Ya Allah aku berlindung kepadaMu dari ketidakberdayaan dan malas, aku berlindung kepadaMu dari sifat penakut dan kikir, dan aku berlindung dari hutang yang membelenggu dan tertindas oleh orang zalim”

Al-Mutsabarah (Tabah & Istiqamah)Kerja da’wah adalah kerja besar yang tidak akan berakhir kecuali dengan kematian. Perjalanan dakwah penuh dengan ujian, cubaan, tentangan dan rintangan. Tidak ada yang sanggup menjalaninya kecuali orang-orang yang telah menjadikannya tugas pokok dan utama yang tidak boleh dikalahkan dengan kegiatan apa pun, keberlangsungan dakwah dan keberhasilannya menjadi fokus perhatiannya, seperti yang telah dicontohkan oleh Rasululllah s.a.w. Baginda tidak pernah lemah semangat dan putus asa, tidak pernah menyerah atau mundur.

Ketika pembesar kafir Quraisy memusuhi dakwah, serta mengancam untuk menghabiskan nyawanya, baginda berkata:“Demi Allah, sekalipun mereka dapat meletakkan matahari di samping kananku dan bulan di samping kiriku, agar aku meninggalkan dakwahku, nescaya aku tidak akan berhenti berdakwah dan meninggalkannya sehingga Allah memenangkannya atau aku mati di jalannya.”

Para sahabat generasi terbaik yang langsung di bawah asuhan madrasah Rasulullah s.a.w, telah meneruskan misi perjuangan rasul mereka. Mereka berdakwah dengan meninggalkan kampung halaman, tanah air, isteri, anak dan harta benda sehingga panji Islam berkibar di seluruh dunia. Kehidupan mereka adalah jihad yang tidak henti-henti dan pengorbanan yang tanpa batas dalam membela Islam.

Taskhir Kulli Imkanat (Mengerahkan Seluruh Potensi)Dakwah menuntut para aktivis dakwah mengerahkan seluruh potensi yang dimiliki berupa pemikiran, harta, waktu, tenaga, jiwa dan raga. Sehingga tidak ada potensi yang dimilikinya kecuali telah diberikan untuk kepentingan dakwah.

Saat ini sebahagian besar aktivis masih belum mengerahkan tenaga yang maksima dalam memperjuangkan dakwah.

Kita baru memberikan sebahagian dari sisa potensi untuk dakwah, sisa baki waktu, sisa fikiran, sisa tenaga dan sisa harta. Sehingga hasilnya pun belum terlihat nyata.

Mughalabatul ‘Adzar (Dapat Mengatasi Segala Permasalahan Yang Dihadapi)Amanah dakwah hanya dapat dipikul oleh orang-orang yang memilih azimah yang tinggi, bukan orang yang memilih tujuan yang rendah, senang dengan hidup santai dan memiliih istirehat dan hidup tidak mahu susah.

Dakwah hanya dapat dikerjakan oleh orang yang dapat mengatasi uzur (masalah) bukan pandai membuat keuzuran diri, berusaha semampu mungkin untuk terus aktif di medan perjuangan dan memberi sumbangan yang terbaik untuk amal Islam dan dakwah.

Salah satu contoh sahabat yang bernama Amru bin Jamuh, seorang tua renta yang kakinya pincang dan matanya buta. Tatkala mendengar seruan jihad ia langsung menyatakan keinginan bergabung ke dalam barisan para mujahidin, walaupun ketiga orang anaknya melarang bapa mereka untuk ikut serta dalam jihad, dengan alasan mereka sudah mewakili keluarga dan beliau sudah sangat udzur untuk tidak ikut jihad. Tapi apa komentarnya? Amru berkata masalahnya adalah syurga Allah. Apakah kamu wahai anak-anakku dapat memberikan jaminan syurga bagiku?


Hingga akhirnya ia mendapat restu dan doa dari Rasulullah s.a.w: “Ya Allah masukkanlah ia ke dalam syurga dengan kakinya pincang”

Penutup

Akhir kalam, mari kita sirami hati dan jiwa kita dengan beberapa potongan ayat-ayat Alla swt. dengan harapan akan tertingkat jiddiyah kita dalam beramal dan melaksanakan tanggungjawab dakwah dan tarbiyah.

Firman Allah Subhanahuwata’ala bermaksud:“ Dan bersegeralah kamu semua kepada pengampunan dari Tuhanmu dan bersegeralah untuk mendapat syurga yang lebarnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa. “( Surah ali Imran : 133 )

Firman Allah Subhanahuwata’ala bermaksud:“Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.”(Surah ali-Imran : 200 )

Firman Allah Subhanahuwata’ala bermaksud:“Apakah kamu menyangka kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu?. Mereka ditimpa malapetaka dan kesengsaraan serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya : Bilakah lagi datangnya pertolongan Allah?. Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.”(Surah al-Baqarah : 214)

Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam sentiasa merangsang, menggesa dan mengingatkan sahabatnya supaya bekerja bersungguh-sungguh dan sentiasa iltizam dalam melaksanakan perintahnya.

Sabda Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam (bermaksud): “Adakah kamu menunggu hingga kekayaan yang terancam atau papa kedana atau sakit yang tidak ada harapan sembuh atau tua yang nyanyuk atau maut yang datang menjenguk atau dajal terkutuk hendak di tunggu atau Hari Qiamat, maka Hari Qiamat adalah ujian yang sangat pahit.”

Tags: | 0 Komens

SAAT KEMATIAN: Mana pilihan kita?

Sunday, April 5, 2009 | @mirfathirah




Assalamualaikum wbr


Sekadar coretan sesaat


PAda hari Jumaat bru2 ni ana pergi temuramah dengan imam kedua ke ketiga masjid negeri Selangor Shah Alam MSSAASS pasal kertas projek Sem 6 Tentang qiraat di Malaysia....


Memandangkan Ustaz Farhan tk berapa pakar bidang Qiraat ana usulkan soalan berbentuk pandangan seorang ustaz la..


Pendekkan cerita dalam kuapasan antara yang terakhir hati ana tersentak ialah "Ramai yang menghafal al-Quran tetapi sejauh mane kita betul-betul mengamalkannya. Melainkan sedikit sahaja. Dan dalam al-Quran ada berfirman yang mafhumya ahli Am ataupun ahli Khas?"


Ana terfikir kita sebagai seorang muslim yang hafal Al-Quran adakah tergolong dalam golongan khas? Ustaz Farhan tambah lagi: "Di saat kematian kita yang mane kita hajati? adakah mayat kita ketika di dalam kubur mayat kita reput dan wangi ataupun mayat kita tak reput tetapi penuh dengan kebusukan".


MAna yang kita pilih?


Sama-sama renungkan sejauh mana amalan kita sebagai bekalan kita meneruskan perjalanan dalam kehidupan seterusnya


Fikirlah sendiri>>>


Wallahua'lam


Tags: | 0 Komens

Try us on Wibiya!