Quick Notice

Hak cipta tidak terpelihara. Anda layak untuk meng'copy' dan meng'comment' sebarang 'post' kami. Powered by Blogger.

Jadikan Pendidikan Anak-Anak Sebagai Medan Amal

Sunday, June 28, 2009 | @mirfathirah


Alhamdulillah, dapat juga berkongsi sedikit coretan sebagai perkongsian dalam membangunkan generasi Muslim Mukmin. Lama juga rasanya (Mungkin terlalu lama) blog ini tidak diupdatekan.

Tentunya ada diantara kita yang merasa terbeban dengan tanggungjawab mendidik anak. Kalau kita melihat pendidikan anak-anak ini sebagai proses menyediakan keperluan jasadinya sahaja; beri makan, pakaian, sediakan tempat tinggal dan sebagainya....tentu bebanan ini tidak terasa sangat. Tetapi jika kita melihat penjagaan(beri makan, pakaian dll) itu sekadar pelengkap kepada proses pendidikan anak-anak bahkan yang lebih besar lagi ialah mendidik anak-anak kita hingga mereka mengenal Allah sebagai Rabb dan Ilah hingga mereka merasa perlu untuk tunduk dan patuh kepada Allah SWT serta takut dengan dosa-dosa maka kita akan merasakan tugas mendidik anak ini bukan kepalang beratnya.

Ada beberapa perkara yang saya nak kongsikan disini sebagai mind setting untuk kita mendidik anak bahkan melihat pendidikan anak-anak ini sebagai medan amal. mungkin antaranya ada yang menambah rasa berat kita dengan amanha besar ini dan mungkin ada yang dapat meringankn jiwa kita walaupun tugas dan tanggungjawab ini tetap berat untuk dipikul.


  • Mendidik anak ini adalah satu amanah atau taklif (pertanggungjawaban0 dari Allah SWT.

Anak kita ini adalah amanah Allah yang berada di bawah jagaan kita supaya kita dapat bangunkan jiwa keimanan dan besarkannya sebagai mukmin atau mukminah. jiwa yang terkesan dengan kalimah-kalimah Iman; bila disebutkan nama Allah maka gementar hatinya, bila dibacakan ayat-ayat Allah bertambah imannya dan dia sentiasa merasakan kebergantungan dan kebersamaan dengan Alllah SWT.

  • Anak adalah anugerah Allah SWT.

Anak-anak kita ialah buah kasih sayang, buah cinta kasih dari pertemuan 2 jiwa.Bayangkan kita berumahtangga tetapi tidak ada anak. Ada yang habiskan wang beribu ringgit untuk dapatkan anak, ada yang menunggu bertahun-tahun. Anak kita inilah tempat kita berlindung di hari tua. Doa anak-anak kitalah yang kita nanti-nantikan di alam barzakh nanti dan anak-anak kita jugalah yang kita harapkan menjadi hujjah kepada kita untuk selamat dari azab Allah SWT.

  • Mendidik anak kita adalah Ibadah

Setiap kesabaran yang kita tunjukkan ketika mendidik mereka dicatatkan pahalanya. setiap doa kita untuk mereka akan mendekatkan hati dan harapan kita pada Allah SWT. W#alaupun didikan kita kadang-kadang gagal tetapi setiap usaha kta masih dicatat sebagai ibadah. Kita berusaha tetapi Allah yang menentukan natijahnya.

  • Mendekatkan hati anak kita kepada Allah adalah Dakwah

Dakwah yang memerlukan hikmah dan kesabaran. Dakwah yang mempunyai berbagai tahapan yang menuntut kesabaran dan keyakinan pada janji-janji Allah.

  • Membangunkan Iman pada jiwa anak adalah Tarbiyyah yang berterusan.

Tarbiyyah yang menuntut doa dan perjuangan. Masanya panjang dan jalannya berliku-liku.
by:http://my.opera.com/azmibahari/blog/ (Guruku)

Tags: | 0 Komens

Al-FATIHAH

Thursday, June 11, 2009 | @mirfathirah

Kemalangan Pelajar Kaherah

Written by Mohammad Safwan bin Roslan Wednesday, 10 June 2009 00:00

Dengan namaMu ya Allah, yang nyawaku sentiasa di dalam genggamanNya

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Sedikit makluman terkini berkenaan kemalangan yang melibatkan pelajar-pelajar perubatan Universiti Kaherah. Kelima-lima pelajar ini ketika itu sedang dalam perjalanan pulang dari Ain Sokhna. Pelajar-pelajar yang terlibat :

1. Mohamad Saif Bin Jamaluddin (Tahun 2)
-dalam keadaan stabil

2. Abdul Rahman Bin Ramdzan (Tahun 3)
-masih kurang stabil

3. Muhammad Akram Bin Abd Kadir (Tahun 3)
-masih kurang stabil

4. Muhamad Fitri Bin Tokiran (Tahun 3)
-dalam keadaan stabil

5. Muhammad Ammar Bin Zulkifli (Tahun 3)
- telah pulang ke Rahmatullah


Kelima-lima pelajar tersebut telah dihantar terus ke bahagian kecemasan Hospital El-Arab Suez. Setelah itu, Jenazah Ammar akan diambil oleh pihak kedutaan, manakala baki keempat-empat pelajar sedang dipindahkan ke hospital Faransawi, Kasr El Ainy dan insyaAllah tiba di sini pagi ini.

Saya merayu kepada semua para pelajar PERUBATAN, di Kaherah mahupun di semua cawangan-cawangan yang lain, tidak kira di manapun anda berada, buatlah solat hajat dan doakanlah kesejahteraan kepada mereka khususnya kedua-dua pelajar yang masih tidak stabil.

Akhirnya, mari bersama kita sedekahkan Al-Fatihah buat sahabat kita, Ammar Zulkifli. Semoga Allah golongkan beliau bersama para syuhada' di atas jalanMu ya ALLAH!. Allah lebih menyayanginya dan telah mengakhiri ujiannya di dunia. Buat para sahabat, ambillah iktibar atas apa yang berlaku. Jika kita sedih, maka jadikanlah kesedihan ini jambatan lurus yang lebih dan lebih lagi merapatkan kita dengan Allah! Dan semoga kami juga mengakhiri ujian kehidupan ini dengan pengakhiran yang baik ya ALLAH!

Setakat itu maklumat yang diterima daripada presiden PERUBATAN, Ahmad Wafi Arshad dan beberapa wakil yang masih berada di sana. Maklumat terkini insyaAllah akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Wassalam.

Al Faqir ilAllah,

Mohamad Ashraf Mohamad Isa
Timbalan Presiden I
PERUBATAN
mediaPERUBATAN: berita dan kisah penuh akan disiarkan kemudian.
http://perubatan.org/v3/index.php?option=com_content&view=article&id=927:kemalangan-pelajar-kaherah&catid=142:benefits&Itemid=96

c r i e s t z/FRIENDSTER

06/11/2009 1:30 pm
muhammad ammar b zulkifli (amar zul) fs nick 'kalam' student matri batch 11 f0rm 5 2005 telah meninggal kn kite sume pd pagi hari 10 jun 2009 kerana kemalangan. kereta y beliau naiki bertembung dengan sebuah lori di mesir dan akan dikebumikn di penang mungkin pd 13hb jun 09 pgi.. sile la sedekah kn al-fatihah kepade almarhum dan sebarkn lah berite ini kpd y mengenalinya.. sekian dr sy ihsan...

Pemergian yang sukar dicari ganti

Tags: | 2 Komens

Try us on Wibiya!