Quick Notice

Hak cipta tidak terpelihara. Anda layak untuk meng'copy' dan meng'comment' sebarang 'post' kami. Powered by Blogger.

Masalah setempat..Handset2..Musyhkilah haza

Sunday, December 20, 2009 | @mirfathirah

Hukum Hand Phone Semasa Solat

Soalan

ASSALAMUA'ALAIKUM UST,

Saya muhammad yusuf surachei b. Abdullah dari kulim, kedah.. Saya adalah saudara baru yang telah convert hampir 4 tahun, saya telah baca beberapa artikel yang telah ust huraikan dalam website ust terutama mengenai isu2 semasa seperti pelaburan internet, asb, dan sebagainya.. Di sini saya ada satu attachment mengenai hukum mematikan hp ketika solat.. Apa pendapat ust tentang perkara ini? Terima kasih.. ..

Jawapan

Wa'alaikumussalam,

Selamat datang ke web saya dan terima kasih atas kesudian membacanya.

Menurut kefahaman saya, hukum mematikan ‘handphone' sewaktu solat jemaah dan solat secara individu adalah wajib (dimestikan).

Ini kerana :-

1) Tegahan dari terpesong minda & hati : Nabi tidak membenarkan umatnya terpesong minda, hati dan wajah semasa menunaikan solat. Tegahan Nabi ini boleh dilihat dari hadith berikut:-

إن الرجل لينصرف وما كتب له إلا عشر صلاته تسعها ثمنها سبعها سدسها خمسها ربعها ثلثها نصفها

Ertinya : " Seseorang yang beransur dari solatnya dituliskan baginya pahala dari persepuluh pahala solatnya, 1/9,1/8, 1/7, 1/6, 1/5, 1/4, 1/3 atau ½ " ( Riwayat Abu Daud dan An-Nasaie , Shohih menurut Ibn Hibban )

فإن هو قام وصلى فحمد الله تعالى وأثتى عليه ومجده بالذي هو أهل وفرغ قلبه لله تعالى إلا انصرف من خطيئته كيوم ولدته أمه

Ertinya : "Sesungguhnya seseorang yang berdiri dan solat serta memuja muji Allah SWT dengan pujian yang selayak bagiNya, serta mengosongkan hatinya bagi Allah SWT kecuali tatkala ia keluar dari dosa-dosanya seperti anak yang baru dilahirkan"( Riwayat Muslim)

المصلي يناجي ربه

Ertinya : "Sesungguhnya seseorang yang sedang bersolat adalah sedang bermunajat dengan tuhannya" ( Riwayat Al-Bukhari, no 413 ; Muslim , no 551 )

فإذا صَلَّيْتُم فَلا تَلتَفِتُوا , فإنّ اللهَ يَنْصِبُ وَجْهُه لِوَجْهِ عَبْدِهِ فِي صَلاتِهِ مَا لمْ يَلتَفِتْ

Ertinya : "Apabila kamu solat, janganlahkamu menoleh (ke sana sini yakni tidak fokuskan pandangan), kerana Allah SWT mengarahkan wajahNya ke wajah hambanya yang sedang bersolat selagi mana hambanya tidak menoleh ke lain" ( Al-Bukhari dan Abu Daud ; fath AL-Bari , 2/304 )

Justeru, difahami dari zahir dan objektif di sebalik tegahan-tegahan ini, kita akan mendapati mesej baginda SAW amat jelas untuk seseorang menumpukan hati dan mindanya kepada Allah SWT semasa solat. Dengan kumpulan dalil-dalil ini saya kira telah cukup untuk menunjukkan kepentingan dan kewajiban menutup hand phone semasa solat.

2) Tegahan dari menganggu ahli jemaah yang lain

Sebagaimana kita fahami, bahawa bunyi handphone ini mampu mengganggu seluruh ahli jemaah yang sedang menunaikan solat. Terutamanya jika ia bermuzik dengan lagu dangdut, pop, rock yang pelbagai maka sudah tentu dosa pelakunya lebih besar.

Keadaan ini dapat difahami dari tegahan Nabi SAW terhadap umat Islam yang datang ke masjid dengan setelah memakan makanan berbau dan busuk. Nabi SAW besabda :-

‏من أكل ثوما أو بصلا فليعتزلنا أو قال فليعتزل مسجدنا وليقعد في بيته

Ertinya : Barangsiapa yang makan bawang putih atau merah (yang tidak dimasak dan kuat baunya) maka jauhilah kami atau disebut : jauhilah masjid-masjid kami dan duduklah ia di rumahnya sahaja( Riwyaat al-Bukhari , no 808 )

Pernah juga diriwayatkan oleh Abu Said Al-Khudri r.a bahawa Nabi SAW pergi beriktikaf di sebuah masjid lalu kedengaran bunyi bacaan al-Quran yang lantang di dalam masjid, lalu Nabi SAW segera menyelak langsir (kerana rumah nabi di sebelah masjid ) lalu berkata " Setiap kamu hendaklah bertutur secara peribadi dengan tuhanmu, justeru janganlah seorang kamu menganggu yang lain dengan meninggikan suaranya semasa membaca al-Quran " ( Riwayat Abu Daud : 1332)

Kesimpulannya, wajib menutup hand phone semasa solat sendirian dan berjemaah. Sekiranya terlupa dan handphone berbunyi, maka wajiblah bergerak sedikit untuk menutupnya.

Pergerakan

Pergerakan ini tidak membatalkan solat kerana ia adalah pergerakan wajib, sebagaimana Nabi SAW mengizinkan untuk membunuh binatang bisa kecil semasa solat. Diriwayatkan

أن النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏أمر بقتل الأسودين في الصلاة العقرب والحية

Ertinya : Sesungguhnya Nabi SAW mengarahkan agar membunuh dua binatang bias walaupun ketika solat iaitu kala dan ular (jika ia menghampiri ketika solat) ( Riwayat Ibn Majah, no 1235 )

Hasilnya, jelas kita dapat memahami bahawa wajib juga bagi seseorang untuk bertindak ‘membunuh' bunyi handphone nya yang mengganggu jika berbunyi kerana ia amat berbahaya dan merosakkan ketenangan orang sedang solat, sebagaimana bahayanya kala dan ular.

Sekian

Ust Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

18 Safar 1428 H

Tags: | 0 Komens

Perjumpaan X-Hafiz Klang 09

Friday, December 18, 2009 | @mirfathirah

Mat'am Mu'azzim,18 Dec 09- SAtu perjumpaan bekas pelajar Hafiz Klang telah diadakan bersama dengan ust Hafiz Haneefa di restoran Mu'azim syari' Salam berdekatan dengan Masjidil Haram Madinah. Tujuan perjumpaan yang julung kalinya diadakan adalah untuk mengeratkan silaturrahim yang sudah lama keruh kerana berada berjauhan untuk menuntut ilmu di Madinah. Kebetulan Ustaz Hafiz dapat tawaran diwaktu akhir2 sebelum ketibaan haji oleh Syarikat KSB travel untuk menjadi Guru Agama dan pegawas sepanjang musim haji.

Perjumpaan ini telah dihadiri oleh semua bekas-bekas pelajar yang pernah belajar di Maahad dan Kolej(3 orang pelajar maahad dan 7 orang pelajar Diploma Hafiz). Sesi perjumpaan bermula pada pukul 9.00 malam dan dimulai dengan Taaruf ringkas tentang pengajian masing2 dari pelajar seterusnya ucapan nasihat dan perbincangan semasa mengenai situasi di Malaysia...


Kemudian Majlis di selangi dengan hidangan nasi mandi Hashi dll...(Yang sponsor ust ler hehe)Barakallahu laka... Sebelum mengakhiri majlis perjumpaan ini Ust Hafiz menyampaikan salam dari semua Ust2 dan Ustz2 dari Maahad Hafiz Klang kepada bekas pelajar mereka yang berada di Bumi Nabi Muhammad S.A.W... Wa'alaikumussalam wbr.. Pada keesokkan harinya akan diadakan perjumpaan bersama dengan Imam Masjid Quba' Dr. Imad Zuhayr al-Hafiz pada pukul 9 pagi insyallah berhampiran dengan Masjid dan Maktabah Jami'ah untuk memperkenalkan pelajar2 Hafiz yang berada di Jamiah sekarang..

Akhir sekali saya bagi pihak media mengucapkan jazakallahukhairan kepada Ust Hafiz mengadakan perjumpaan yang ringkas tetapi membawa kenangan...Sampaikan salam kami kepada semua Ust2 dan ustz2 terutama Pengarah Kolej Hafiz, Ust Muhammad Haneefa, Pengetua Kolej, Pn hjh Asemah Muammad Din...Semoga Allah memberkati dan merahmati Antum semua....Wallahua'lam

Berita Disediakan oleh: Amirfathirah Madani09

Tags: | 2 Komens

....كل عام وأنتم بخير......

Thursday, December 17, 2009 | @mirfathirah

Sempena ketibaan tahun MaalHijrah yang telah tiba,aku bersyukur kepada yang Maha pemberi segalanya untuk hambanya
Kesyukuran yang tidak terhingga atas keizinan daripadaNya mengurniakan segala nikmat dalam kehidupan
Mudah-mudahan aku dapat menjadi hamba yang lebih utuh selepas aku jatuh di tepian jalan
Kaulah yang sentiasa memberikan peringatan kepada ku tanpaku sedari
Semoga pada awal tahun Hijrah 1431 yang mendatang silih berganti
aku dapat menjadi hamba yang sentiasa mendengar rintihan dari ummat Nabi Muhammad
Benarlah firmannya:

(والله ولي المؤمنين...)
Buat muhasabah semua sila lihat video ini dengan sepenuh penghayatan dan kutip seberapa banyak pengajaran...Yang buruk jadikan batasan....
Klik di sini:>> What ever I am, I am Leader!!

Tags: | 0 Komens

Belajar Hukum

Monday, December 14, 2009 | @mirfathirah

Assalamualaikum wbr...
Amma ba'du.
Segala yang terkandung dalam Fiqh UZAR selepas ana membaca sepenuhnya sebelum meng'copy' ke dalam blog ana
Mudah2an Allah memberkati Beliau menyampaikan segala hukum yang dipelajari..Dan bermanfaat untuk semua pembaca...
Sekiranya terdapat sebarang cadangan / tambahan / bercanggah ilmu sila postkan dalam post berkenaan...

Tags: | 0 Komens

| @mirfathirah

Tags: | 0 Komens

Kerosakan Akidah ٍSudah Disedari...Mari Berubah...

| @mirfathirah


Pelbagai pantang larang di dalam masyarakat Melayu kita.
Pantang larang ini wujud sejak dari dulu lagi, hinggalah dibawa ke zaman moden serba canggih ini.

Sungguh kuat pengaruh nenek moyang.
Apa yang menjadi masalah adalah pantang larang ini tidak masuk akal atau tidak logik.
Dan lebih marabahaya lagi, pantang larang ini boleh menyebabkan kerosakan akidah tanpa disedari.

Sebagai manusia yang berilmu, seharusnya kita mampu menilai yang mana betul dan yang mana salah.

Hairan...
Bagaimana budak kecil berumur 4 tahun boleh mengenali hantu?
Siapa yang kenalkan mereka dengan hantu?
Adakah ini kesalahan daripada ibubapa?atau pihak media?


Senarai Pantang Larang Mengarut Dalam Masyarakat Melayu :

Pantang Larang Di dalam Hutan

1. Jika sesat di hutan, jangan tidur di tepi sungai, nanti dimakan hantu.
2. Dilarang pegang pokok merah, nanti badan menjadi gatal.
3. Jangan tidur di atas pokok jika sesat, nanti dilapah hantu.
4. Dilarang bercakap besar ketika di hutan, nanti mendapat bencana.
5. Pantang bersiul di hutan, nanti disambar langsuir.
6. Jangan melaung di tengah hutan, nanti disahut hantu.
7. Jika terdengar sahutan, jangan dijawab, dikhuatiri suara hantu.
8. Jangan mengambil batu atau benda ganjil di hutan, takut berpenunggu.
9. Dilarang menegur sesuatu yang aneh atau ganjil dihutan, nanti dirasuk atau dapat malang.



Pantang Larang Kanak-Kanak

1. Dilarang duduk atas bantal, nanti punggung terkena bisul.
2. Tak boleh memotong kuku waktu malam, nanti pendek umur.
3. Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk.
4. Tak boleh jelir lidah, nanti lidah terpotong.
5. Tidak boleh asah pensel hujung dan pangkal.
6. Dilarang mengangkat kaki ketika meniarap, nanti emak mati.
7. Tak boleh menunjuk pelangi, nanti jari kudung.
8. Tak boleh makan dalam gelap, dikatakan makan dengan iblis.
9. Dilarang bermain atau keluar rumah waktu senja, nanti disorok hantu.
10. Tak boleh gigit kain, nanti gigi berulat.
11. Hempedal ayam tak boleh dimakan, nanti susah bersunat.
12. Dilarang bercakap dalam tandas, nanti mata ketumbit.



Pantang Larang Di Sungai

1. Jika nampak air berpusar, jangan hampiri, alamat buaya bergerak atau mengiring.
2. Jika ikan toman membawa anak, jangan melintas di hadapannya, nanti dilompati ke perut.
3. Jika terdengar suara semacam kerbau di tebing sungai, alamat ada buaya mengawan.
4. Dilarang bawa limau purut, nanti dibaham buaya.
5. Jika suara perempuan terdengar waktu Maghrib, alamat hantu pari sedang berpesta.
6. Jika kail disambar gondang (siput besar) , alamat rezeki mendatang.



Pantang Larang Ketika Duduk

1. Tak boleh duduk atas bantal, nanti dapat bisul.
2. Tak boleh duduk atas tangga ketika Maghrib, nanti dirasuk hantu.
3. Tak boleh menggoyang kaki, nanti tak lepas hutang.
4. Tak boleh duduk di beranda tangga, nanti payah rezeki.
5. Tak boleh duduk atas lesung, nanti berkudis dubur.



Pantang Larang Ketika Makan

1. Makan pedal ayam, akan mengantuk ketika bersanding.
2. Makan tidak basuh pinggan, nanti lambat dapat menantu.
3. Makan pisang kembar, akan beranak kembar.
4. Makan waktu Maghrib, makan bersama hantu.
5. Makan sisa anak, anak akan degil.
6. Tidur selepas makan, nanti perut buncit.
7. Makan sambil berjalan, dapat penyakit perut.
8. Bila makan, pinggan tak boleh diletak atas riba, nanti suami diambil orang.
9. Jangan makan nasi di senduk, nanti payah rezeki.
10. Makan bertindih pinggan, akan beristeri dua.
11. Makan telur tembelang, mendapat penyakit barah.
12. Makan dalam pinggan sumbing, dapat anak bibir sumbing.
13. Makan dalam belanga, dapat anak rupa hodoh.
14.Makan berlunjur,akan jadi pemalas.
15.Makan mencangkung, payah dapat rezeki.



Pantang Larang Ke Atas Lelaki

1. Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk.
2. Dilarang kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan.
3. Dilarang mengintai orang mandi, nanti mata ketumbit.
4. Dilarang tidur di tengah padang, nanti emak mati.
5. Dilarang ketawa waktu Maghrib, nanti datang hantu.
6. Kalau tidak tahan berpanas, nanti tunang dilarikan orang.



Pantang Larang Ke Atas Perempuan

1. Dilarang menyanyi di dapur, nanti kahwin orang tua.
2. Dilarang menjahit di badan, nanti tidak lepas hutang.
3. Dilarang memakan leher ayam, nanti leher terkulai di pelamin.
4. Pantang bangun lewat, nanti sukar mendapat jodoh.
5. Dilarang makan nasi kerak, nanti mendapat anak bodoh.
6. Dilarang mencari kutu ditangga, nanti kahwin orang tua.
7. Dilarang mencucuk jarum pada waktu malam, nanti didatangi sial.
8. Dilarang bercermin di depan cermin retak, nanti wajah pucat di malam pertama.
9. Dilarang pakai baju basah, nanti badan naik kurap.
10. Pantang berbual di tangga, nanti dipinang orang di serambi rumah sahaja.
11. Dilarang makan bertindih pinggan, nanti menjadi madu orang.
12. Tak boleh menyapu nasi pada waktu malam, nanti pendek rezeki.
13. Dilarang mengerat kuku waktu malam, nanti datang sial.
14. Dilarang makan berubah tempat, nanti berkahwin ramai.
15. Dilarang meletak pinggan di tapak tangan ketika makan, dikhuatiri nanti akan merampas suami orang.

Banyak lagi pantang larang yang mengarut dalam masyarakat Melayu.

oh, sungguh aku meluat cerita seram,mengarut di televisyen Malaysia.
oh, sungguh aku meluat dengan lambakan cerita indonesia di televisyen Malaysia.

(( إن الله لا يغير ما بقوم حتى يغير ما بأنفسهم ))

Tags: | 0 Komens

Madinah Banjir!!!

Tuesday, December 1, 2009 | @mirfathirah

Kerja Pembersihan dimulakan

Alhamdulillah ada sahabat2 yang tak pergi haji bule la bergotong-royong bersihkan bilik ana dgn Syakirin..hehe ringkasan beritanya adalah seperti di bawah:gmbr Fathan adi
Kawasan kejadian paip tersumbat

UIM:Madinah-Hujan yang jarang kali membasahi bumi Madinah telah menimpa penduduk Madinah dengan izin-Nya pada tanggal 10 Zulhijjah 1430H sehingga menyebabkan sebuah bilik asrama Blok 1 tingkat 2 no 20 banjir selepas dimasuki air setinggi 5cm. Menurut fakta kesemua pelajar bilik yang baru tiba bagi sesi pengajian 2009 berkenaan tiada di situ kerana berada di Mekah untuk melakukan Haji Islam. SEtiba balik dari mengerjakan ibadah Haji barulah mereka mengetahui kejadian yang menimpa bilik mereka. Mangsa adalah 2 pelajar dari Kenya, 2 Pelajar Malaysia dan seorang dari Nigeria.Kerja Posing jer

Punca utama berlaku banjir di tingkat 2 padahal tiada banjir di tingkat 1.(Musyhkil2...hehe) adalah paip saluran hujan di bilik 20 tersumbat menyebabkan air terperangkap di bilik ini.

Bilik mangsa yang dimasuki air disedari jiran sebelah menyebelah pada malam 10 zulhijjah ketika mereka sedang nyenyak tidur dan salah seorang sedar dari tidur dan melihat air telah menghampiri tilam lalu menyelamatkan semua barang2 yang berharga seperti bagasi, makanan, baju dll...
Akhir kalam...Diucapkan jazakumullah khairan kepada jiran2 dari Malaysia yang telah memberikan bantu bencana( Yang diketuai oleh Afifi dr kuliah hadith,Fathan adi,Helmi Mustapha,Nurafif dll)

Selepas pembersihan
P/s Foto seterusnya sila layari :
http://www.flickr.com/photos/amirfathirah/





Tags: | 0 Komens

Try us on Wibiya!