Quick Notice

Hak cipta tidak terpelihara. Anda layak untuk meng'copy' dan meng'comment' sebarang 'post' kami. Powered by Blogger.

Kembali Pada-Nya

Thursday, May 14, 2009 | @mirfathirah


Disaat musim peperiksaan macam-macam yang berlaku. Tapi musibah ini mengingatkan ku untuk bersedia kembali pada-Nya. PEmergian Ummi Halimaton pada petang 14 Mei meninggalkan 1001 kenangan manis dan sukar untuk dilupakan oleh setiap anak didiknya sepanjang beliau berada dalam kancah pendidikan di MATRI.

Pendidik, Mendidik dan dididik bukan mudah untuk dikecapi oleh semua orang .Hanya yang menyedari akan kehidupan sebenar yang sanggup berada dalam realiti ini.
Penulis berdoa kepada Rabbul Jalil agar al-Marhumah di tempatkan dikalangan orang-orang yang berjiwa mukmin DAN SOLEH iNSYALLAH.

Semoga kembalinya al-Marhumah akan melahirkan lebih 10 orang yang berjiwa Ummi dalam dunia ini untuk meneruskan didikan Islam.

Untuk itu penulis akan publishkan seberapa banyak coretan kenangan oleh setiap anak didiknya yang penulis ketemu.
sekadar gambar hiasan

Patutlah...malam tu..
umi beria-ia mengajakku makan nasi..
Patutlah ...
umi bersungguh-sungguh masak lauk tambahan untukku..
tapi..aku makan sedikit...umi suruh makan lagi..namun. .kataku..
"ana dah kenyang umi"..
Patutlah..
Tatkala aku datang...umi berkata..."rajin datang tengok umi"..
patutlah..
umi beria-ia mntk tlg membuka laptopnya..katanya "umi dah terlupa wajah cucu umi"
umi nak tgk sgt cucunya...
patutlah...
umi cakap umi nak pergi umrah tahun ni...emmm..umi kena tulis apa yang umi nak doa untuk kami...
sebelum balik....biasanya. ..
aku masih sempat bergambar dengan umi setiap kali datang menziarahinya. .
tapi...hari tu..tak teringat nak bergambar dengan umi...
Segala-galanya. ..
masih segar di ingatan...2 hari sebelum umi dimasukkan ke hospital...
semoga rohnya dicucuri...al- Fatihah..
Umiiiiii.... ......pesananmu akan sentiasa menjadi bekalan hidupku..Insya Allah..

Ditulis oleh: qatrun nada Date: Thursday, May 14, 2009, 9:44 PM

Dia hanya pergi lebih awal dari kita.

Kita akan menyusulnya.

Maka hargailah umur yang ada.

Jangan rasa kita ini jauh untuk menyusulnya.

Dan redhailah pemergian Ummi..

Dia hanya HAMBA, yang terikat dengan kekerdilan sebagai ciptaanNya..

Kita hanya HAMBA, yang perlu meneruskan kehidupan sebagai ciptaanNya.

Tiadalah kasih sayang ALLAH itu, sama atau kurang sedikit pun dari kasih sayang kita. Kasih sayang ALLAH kepada hamba-hambaNya lebih besar, luas dari kasih sayang kita kepada hamba-hambaNya.

Maka, bersedihlah. Kerna itu fitrah manusia. Tetapi bersedihlah seadanya, dalam keadaan redha kepadaNya.

Sekadar selitan peringatan untuk diri.

Agar tidak tenggelam dalam fantasi rintihan hati.

Jauh, memang mendera kalbu ini.

Tapi dekat, pun tidak akan mampu mengubah takdir ILAHI.

Di sisiNya segala ilmuNya. PadaNya tersembunyi segala hikmahNya.

Kita hanya HAMBA.

maka hiduplah seadanya sebagai ciptaanNya.

Jangan lupa, bahawa kita akan menyusul Ummi juga.

semoga ALLAH rahmati Ummi.

" Bila waktu memanggil, teman sejati hanyalah amal, bila waktu terhenti, teman sejati tinggallah sepi"

~seorang anaknya...

From: Hilal Asyraf yahoo.com>Thursday, May 14, 2009 10:05:07 PM

di MATRI dahulu..
Ummi sentiasa disamping kami
mendidik anak2 debat beraksi
berbicara setajam pedang yang berkilau
mendengar rintihan dan keluhan
dengan seraut senyum dan tabah
terusan mengolah deria pancaindera kami
hingga berjaya tiba di puncak
Agung MATRI serata Malaya
sebulan yang lalu..
saya panjangkan rindu dengan panggilan telefon
ummi tetap seperti dulu
sentiasa bertanya khabarku
bertanya bilakah kesempatan hadirku ke wakafan MATRI
sempat jua bertanya tip2 untuk anak2 debat kini
yang sedang melangkah ke puncak lagi
di akhir panggilan..
ummi mengujari maaf andai tidak berjumpa lagi
tanpa sanubari in terhidu kelainan ini
Kini..
ALLAH memanggilmu dahulu
pulang ke hadrat ILAHI
membawa amal, jasa dan bakti
sebagai perhitungan yang sedia tertulis
pada kalam ILAHI
menjadi peringatan dan muhasabah insan
yang masih menghirup udara percuma ini
namun..
ku tetap rasa kehilangan
ibu kedua yang ku sayang
mendidik dan mengasuh ku menjadi insan
mengajari ku tentang berbagai bidang
buat pedoman kehidupan
Ummi..
insyaallah akan ku cuba laksanakan harapanmu
agar sentiasa terus berada di puncak
terus mencorak awanan berarak
menjadi teduhan nyaman
pada insan memerlukan..
Terima kasih UMMI..
Anakmu..
Azrul Yunus

Tags: | 0 Komens

0 Komens:

Try us on Wibiya!