Quick Notice

Hak cipta tidak terpelihara. Anda layak untuk meng'copy' dan meng'comment' sebarang 'post' kami. Powered by Blogger.

Himpunan Minda Medik 09 & Persediaan Pelajar Ke Luar Negara 2009

Sunday, July 26, 2009 | @mirfathirah

Assalamualaikum wbr...
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah S.W.T yang mengizinkan ana untuk meneruskan coretan pada kali ini setelah lama menyendiri dan sepi dari alam fantasi untuk bekerja di alam yang nyata. Hari-hari yang berlalu moga-moga ana mengharapkan amalan ana diterima dan dikira amal soleh Insyallah...

Alhamdulillah ana berkesempatan dapat menghadiri 2 prog berturut melalui UPL (UnPaid Leave) dari kerja ana untuk Haluan Siswa...Prog pertama ialah Himpunan Minda Medik'09 yang berlangsung pada 25 Julai 09 hari Sabtu bertempat di KHP Bukit Naga.

Prog ini bertujuan untuk menghimpunkan pelajar medik dari luar negara dan persediaan pelajar ke luar Negara pada tahun ini. Pada masa yang singkat ini ana akan huraikan serba ringkas tentang prog ini coz esok nak keje pagi lak huhuuhu.

Prog ini menghimpunkan seluruh pelajar medik dari luar negara yang sedang bercuti pada kali ini. Ini merupakan aktiviti tahunan yang di adakan oleh Kelab Kesihatan Haluan dengan kerjasama HaluanSiswa selaku penganjur baru untuk prog kali ini.

Prog bermula dengan Ice Breaking oleh akhi Syakir (Berbadan Sihat gambar di atas) dengan permainan 'salam semut' dan bulatan kecil & besar ukhuwah(lebih kurang la namanye)hehe.... Seterusnya kuliah pertama yang disampaikan oleh Bro. Norazman selama sejam lebih seterusnya kuliah 2 yang di bentangkan oleh Dr. Zamrin lebih mengkhususkan tentang pengalaman beliau sebagai seorang pakar Bedah ONG(bahasa medik)...

Selesai penyampaian kuliah kedua majlis berhenti rehat makan dan solat zohor. Pukul 2 ptg prog diteruskan lagi dengan bengkel. Peserta dibahagikan tempat mengikut jurusan yang akan diambil di luar negara. ana tergolong dalam kelompok persediaan ke luar negara dalam bidang deeniyah bersama dengan medik mesir dan pelajar medik yang ke bahagian eropah (uk dll). Dalam bengkel peserta di beri peluang untuk mengemukakan sebarang persoalan ataupun masalah yang timbul dalam fikiran mereka apakah cabaran yang bakal ditempuhi apabilaberada di luar negara. Ternyata terdapat berbagai masalah yang telah kami luahkan yang berbeza mengikut negara yang akan kami menimba ilmu ,pengalaman dan sebagainya.
Selepas sejam berdiskus dan membuat solusi setiap kumpulan membentangkan solusi kumpulan masing-masing..

akhir sekali selepas pembentangan di lakukan prog Himpunan minda medik 09 berakhir dan diteruskan dengan riadah ukhuwwah yang dijalankan oleh akhi Syakir sekali lagi... Bermula dengan warm up sebelum game ukhuwwah dimulakan. Game pertama ialah kala jengking ukhuwwah(ana pun tk tau la ukhuwwah pe yg dpt huhu) tpi best gak dan penat.... dapat merasa ukhuwwah dalam kumpulan untuk nak kepit ekor kala jengking pihak lawan plak... dah lame tak bermain dengan sahabt so ana terlebih aktif la sampai semput huhu...maklumla dah lama tk turun pdang.

Sebelah malam plak majlis BBq kambing first time in my life..huhu....Inilah prog paling seronok dan yang ditunggu-tunggu oleh akhi Syakir untuk mencekik kambing...(Kalu nta baca akhi syakir jgn marah ana tau..grau jer)...Alhamdulillah majlis selesai dekat pukil 12 malam..

Esok pagi plak nak pergi SKEMA di UIAM...Bersambung pada post esok malam..Mata dah kuyu..

MEndidik Jiwa HAmba...
Wallahua'lam

*Bagi yang berhajat nk tengok gmbr dan dapatkan gambar sila lawat ke friendster ana: Taip search hdzlh_88@yahoo.com

Tags: | 0 Komens

0 Komens:

Try us on Wibiya!