Quick Notice

Hak cipta tidak terpelihara. Anda layak untuk meng'copy' dan meng'comment' sebarang 'post' kami. Powered by Blogger.

Perginya seorang Ustaz

Thursday, April 14, 2011 | @mirfathirah

..............................إنا لله وإنا إليه راجعون

Inilah ucapan yang menggamamkan seluruh tubuh badan yang mendengar seorang sahabat kita telah meninggalkan kita buat selama-lamanya.

Aku mengetahui berita ini sejurus selepas solat isyak. Aku bangkit dari tempat solat seusai berwirid lalu fauwaz memanggilku. PAda mulanya aku menyangka dia mahu menyampaikan berita mengenai jubah yang ditempah oleh exco-exco PERSADA. Disampingnya Hafiz ikram dan ilham duduk lain macam. KEbiasaannya Hafiz akan bergurau senda de
ngan aku. Tetapi wajahnya serius malam ni.
Apabila duduk sahaja terus Fauwaz bertanya "Sorang pelajar kita dah hilang lam".Aku terfikir siapa yang hilang malam-malam ni. Terus Hafiz membuka pekung sebenar apa yang hendak disampaikan "Nash dah meninggal Lam". Terhenti seluruh pergerakanku dan meremang seluruh buluku lalu mengucapkan "Innalillah wa inna ilaihi raaji'un".

BEgitulah sedikit rakaman yang sempat ana nukilkan untuk semua. 1001 persoalan dan kemungkinan apabila mendengar Nash sudah kembali ke rahmatullah. Kita baru sahaja berprogram.Namun Allah lebih menyayangimu wahai sahabatku. Walaupun dia just junior aku tapi klu salah seorang sahaja daripada pelajar MAlaysia di Universiti Islam Madinah telah dijemput Allah. Aku merasa kakiku tercedera. Tak tertelan air liur aku bila memikirkan Nash yang telah pergi tidak kembali lagi.

MArilah kita sama-sama muhasabah diri kita, tak kira siapakah antum. Cerdik, Bodoh, Nakal, Baik, kuat berbalah dan sebagainya menghitung amalan kita yang lepas dan yang akan kita lalui selepas ini. Pendeknya umur kita bila mendapat berita teman kita meninggalkan kita. Kita pun merasa maut itu semakin dekat dengan kita tanpa disedari.

Semoga Allah S.W.T. mengampuni dosa Ustaz Noraizuddin(Nash)(Berbaju hitam dalam gambar) dan merahmati beliau agar beliau ditempatkan bersama dengan orang-orang yang soleh. Aku mengucapkan Takziah buat keluarga beliau atas kemalangan yang berlaku yang benar-benar mengejutkan bukan sahaja keluarga Nash, malahan sahabat2 Nash yang masih setahun jagung di Madinah ini. Nash seorang yang peramah dan baik hati bila aku bergaul dengan beliau. Tidak ada kata-kata yang kotor keluar dari mulut beliau.

Aku selalu bergurau dengannya bila ketemu di Haram "Assalamualaikum Nash!! KEifhaluk Bro?" Semoga pemergianmu akan melahirkan lagi 10 orang Nash dalam kehidupanku sebagai pewarna asama garam dalam kehidupan seharian.

Wallahua'lam.
14/04/2011 @ 11/05/1432
Wehdah 9 Tingkat 2 Bilik 232
Jam2219

Tags: , | 3 Komens

3 Komens:

BawehSaudia said...
This comment has been removed by the author.
Muadz Sidin said...

Innalillahi wainna ilahi raji'uun..!! Walaupon ana baru mengenali beliau dan jarang duduk bergurau senda ngn beliau, tp ana betul2 terasa akan kehilangannya, sedih di hati hanya Allah yg tahu, Moga rohnya dicucuri rahmat Allah Azzawajal!! Bersediakah kita menghadapi kematian yg bakal datang menjemput kita bila2 masa saja..? Ya ALLAH! Kau berikanlah kepada kami kekuatan dalam mempertingkatkan ibadah kepada-MU serta menjauhi sagala maksiat yg boleh menghalang keredhoan-MU, AMINN!!

@mirfathirah said...

amin ya rabb...

Try us on Wibiya!