Quick Notice

Hak cipta tidak terpelihara. Anda layak untuk meng'copy' dan meng'comment' sebarang 'post' kami. Powered by Blogger.

BERITA SEMASA :: edited by BRo_Hdzlh::DUST IS OUR BED

Sunday, March 25, 2007 | @mirfathirah


Kangar, Perlis 23 Mac- Persiapan yang terakhir sebelum turun di medan pertempuran bagi pasukan MHS(Matri Hockey Series) sedang giat dijalankan untuk menghadapi perlawanan pertama di Kejohanan Liga Hoki Remaja Malaysia( JHL’07) bertemu dengan rakan sepadang yang merupakan perlawanan pertama pada JHL’06 iaitu MSSPs pada hari Jumaat di Stadium Astro-turf Kompleks Sukan Kangar,Perlis .Jurulatih MHS En Abdul Kadir telah merancang ramuan yang terbaik bagi memusnahkan benteng lawan untuk kali ke-2 selepas dikalahkan 2-1 pada tahun lepas. Bermula dengan azam yang baru serta beberapa pemain yang mendapat sentuhan awal menjadikan team MHS semakin rapuh dan berpengalaman. Baru-baru ini MHS telah mengadakan sessi ujian pemanasan badan dengan mengadakan perlawanan persahabatan dengan KEDAH dan hasilnya berpihak kepada MHS dengan kemenangan 3-2.Ini menjadikan pasukan MHS lebih yakin untuk mara lebih maju dalam kumpulan Divisyen 2 untuk kali ke-2 Walaubagaimanapun perlu diambil perhatian dengan pasukan sepadang yang merupakan pemain campuran negeri Perlis berbanding MHS.Jurulatih MSSPs yang dikenali sebagai Cikgu Jan juga telah menyediakan ramuan yang terbaik untuk pasukan mereka setelah tidak layak untuk ke divisyen 1 dengan kekurangan beberapa pungutan mata.Berbalik kepada pasukan MHS kedudukan pemain-pemain masih lagi dalam perancangan untuk meletakkan barisan line up yang professional. Kemungkinan jurulatih MHS akan membuat kejutan pada awal JHL’07 ini. Diharapkan kekuatan rohani pasukan MHS juga lebih kuat dan perlu dipastikan niat pemain tidak tersimpang.Semoga berjaya dengan syakhsiah para pemain. Wallahua’lam :: DUST IS OUR BED

Tags: | 2 Komens

2 Komens:

islahi baik said...

keputusan ter baru x da ke..

islahi baik said...

buh la keputusan mjhl terbaru..
nk tau gak...

Try us on Wibiya!