
MAsyallah wa tabarakallah
Ape taknya?
Sekarang nih dah dekat 4 bulan جامعة الإسلامية بالمدينة المنورة memerangi Rokok dan Perokok
Cukup ker sekadar menghiasi di papan tanda iklan kebanyakannya mengenai bahaya rokok untuk diri sendiri. Ini bukan ayat untuk mengutuk tetapi ingin menunjukkan bahawa bertapa bersungguhnya pihak Universiti yang dikendalikan oleh Mudirnya, Dr. Ali al-'Uqla ingin membanteras gejala merokok dikalangan pelajar-pelajar dibidang agama untuk menghentikan apa yang telah tersedia maklum haramnya.
Apa yang menarik minat saya untuk berkongsi bersama hari ini adalah tidak terhenti pihak Universiti membanteras rokok di papan-papan iklan sahaja, juga pada logo Universiti,
Pagi tadi ketika madah Hifzul -Quran sheikh juga menasihati pelajar-pelajar untuk menghindarkan @ menjauhkan diri dari perbuatan yang kotor iaitu merokok...
Diantara pengajarannya adalah kita dapat mengambil kaedah yang telah digunakan oleh pihak Universiti Islam Madinah bahawa pentingnya seorang sheikh @ ustaz @ ustazah @ pensyarah @ guru merasa tanggungjawab untuk menasihati pelajar untuk menjauhi rokok.
Tetapi kenala juga dipastikan bahawa seorang ustaz @ ustazah @ pensyarah yang nak nasihat itu jangan bercakap sahaja tetapi tidak merokok.
يآأيها الذين ءامنوا لم تقولون ما لا تفعلون surah as-soff:2.
اللهم اجعلنا من أهل المحافظين في علوم الدين...أمين
WAllahua'lam
0 Komens:
Post a Comment