Quick Notice

Hak cipta tidak terpelihara. Anda layak untuk meng'copy' dan meng'comment' sebarang 'post' kami. Powered by Blogger.

DUST IS OUR BED I SENTUHAN KASIH SAYANG

Sunday, May 27, 2007 | @mirfathirah

"Ummat manusia pada zaman ini sedang mencari satu cahaya iman yang sebenarnya. Fikiran mereka telah tenggelam dalam kekusutan faham falsafah kebendaan (materialisme) . Fikiran yang gelap penuh dengan keraguan. Hati yang luka parah oleh cara hidup tidak bertujuan yang diilhamkan oleh tamaddun yang kejam. Mereka tidak sedar akan maksud penciptaan mereka dan seluruh ‘alam semesta ini. Mereka sunyi dan amat dahagakan belaian kasih sayang"

Inilah bentuk kehidupan yang sedang kita tempuhi. Anak-anak remajanya membesar tanpa sentuhan kasih sayang lantaran kesibukan dalam memenuhi tuntutan sistem hidup yang kejam dan falsafah kebendaan yang tidak mengenal erti kemanusiaan.

Saya melihat kehidupan di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan sebagainya, suami isteri terpaksa bekerja untuk memenuhi keperluan hidup. Anak-anak terpaksa diswastakan dan membesar tanpa sentuhan kasih sayang. Bayangkan setelah 8 jam tenaga di habiskan di tempat kerja, terpaksa pula berdepan dengan kesesakan jalanraya berjam-jam. Apabila sampai ke rumah memang kepenatan berada di tahap klimaks(kemuncak) nya sedangkan ketika itulah anak-anak mula menagih simpati dan kasih sayang tetapi sayangnya yang mereka dapati adalah sergahan dan tengkingan. Anak terus membesar dalam suasana yang sunyi dari kasih sayang. Sedangkan kasih sayang inilah salah satu sumber untuk menjadikan manusia itu manusia. Akhirnya anak-anak ini terus membesar sedang di dalam jiwanya tiada lagi kemanusiaan lantaran kasih sayang yang menjadi penyubur kemanusiaan tidak pernah dirasainya. Akhirnya kita mendengar dan membaca berbagai berita yang mengejutkan. ...anak membunuh ibunya sendiri, ayah dipukul anak sendiri bayangkan apabila anak-anak ini akhirnya menjadi ayah atau ibu apa yang akan berlaku? Apakah nilainya ibu tanpa kasih sayang sedangkan kasih sayang itulah lambang keibuan. Bayangkan generasi yang bakal lahir dan mengambil alih pimpinan masyarakat. Seterusnya.. .....

Ummat manusia pada zaman ini sedang mencari satu cahaya iman yang sebenarnya. Fikiran mereka telah tenggelam dalam kekusutan faham falsafah kebendaan (materialisme) . Fikiran yang gelap penuh dengan keraguan. Hati yang luka parah oleh cara hidup tidak bertujuan yang diilhamkan oleh tamaddun yang kejam. Mereka tidak sedar akan maksud penciptaan mereka dan seluruh ‘alam semesta ini. Mereka sunyi dan amat dahagakan belaian kasih sayangInilah bentuk kehidupan yang sedang kita tempuhi. Anak-anak remajanya membesar tanpa sentuhan kasih sayang lantaran kesibukan dalam memenuhi tuntutan sistem hidup yang kejam dan falsafah kebendaan yang tidak mengenal erti kemanusiaan.Saya melihat kehidupan di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan sebagainya, suami isteri terpaksa bekerja untuk memenuhi keperluan hidup. Anak-anak terpaksa diswastakan dan membesar tanpa sentuhan kasih sayang. Bayangkan setelah 8 jam tenaga di habiskan di tempat kerja, terpaksa pula berdepan dengan kesesakan jalanraya berjam-jam. Apabila sampai ke rumah memang kepenatan berada di tahap klimaks(kemuncak) nya sedangkan ketika itulah anak-anak mula menagih simpati dan kasih sayang tetapi sayangnya yang mereka dapati adalah sergahan dan tengkingan. Anak terus membesar dalam suasana yang sunyi dari kasih sayang. Sedangkan kasih sayang inilah salah satu sumber untuk menjadikan manusia itu manusia. Akhirnya anak-anak ini terus membesar sedang di dalam jiwanya tiada lagi kemanusiaan lantaran kasih sayang yang menjadi penyubur kemanusiaan tidak pernah dirasainya. Akhirnya kita mendengar dan membaca berbagai berita yang mengejutkan. ...anak membunuh ibunya sendiri, ayah dipukul anak sendiri bayangkan apabila anak-anak ini akhirnya menjadi ayah atau ibu apa yang akan berlaku? Apakah nilainya ibu tanpa kasih sayang sedangkan kasih sayang itulah lambang keibuan. Bayangkan generasi yang bakal lahir dan mengambil alih pimpinan masyarakat. Seterusnya.. ..... by:Abu Umar
Published by: Bro_Hdzlh


Untuk maklumat lebih lanjut sila lawati BLog Abu Umar:
http://my.opera.com/azmibhr/blog/

Tags: | 0 Komens

0 Komens:

Try us on Wibiya!